RSS

Penyakit rohani

25 Nov

Penyakit rohani telah disebut oleh Allah didalam Al-quran, diantaranya :

Firman Allah SWT:
في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون
Maksudnya:Dalam hati-hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit kepada mereka, dan adalah bagi mereka siksaan pedih dengan apa yang mereka telahdustakan.( Al-Baqarah 10 )

Firman Allah SWT:
وأما الذين في قلوبهم مرضا فزادتهم رجسا إلى رجسهم وماتوا وهم كفرون
Maksudnya: Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit, maka bertambahlah kotoran diatas kotoran mereka yang telah ada, dan mereka mati dalam keadaan mereka kufur. ( At-Taubah 125 )

Apabila penyakit rohani ini bersarang didalam diri seseorang, maka kita akan lihat beberapa perkara yang akan berlaku kepada mereka. Diantaranya :

1. Lemahnya daya kerja : Orang yang mengidap penyakit rohani ini akan Nampak kemunduran dalam kerja-kerja mereka, hilangnya ghairah dan semangat untuk maju. Yang menonjolnya ialah kelemahan dan kemalasan. Sebab itulah nabi SAW mengajar kita supaya berdoa : “ اللهم إني أعوذبك من العجز والكسل “bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon berlindung kepada engkau daripada kelemahan dan kemalasan.

2. Tumpul fikiran : Orang yang rohaninya sakit, akan terlihat padanya ada kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran.

Firman Allah SWT :
افلم يسيروا فى الأرض فتكون لهم قلوب يعقلون بها أو أذان يسمعون بها فإنها لا تعمى
الأبصار بها ولكن تعمى القلوب التي فى الصدور
Maksudnya : Oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut – mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada. ( Al-Hajj 46 )

3. Hilang deria rasa :Orang yang mempunyai rohani yang sihat, mereka begitu terkesan dengan nikmat dan rahmat daripada Allah SWT.mereka bersyukur kepada Allah SWT. Adapun orang yang tidak pandai bersyukur kepada Allah SWT dianggap sebagai orang yang hilang deria rasa terhadap nikmat Allah, maka ia juga termasuk didalam penyakit rohani.

Firman Allah SWT:
وإذا مسّ النّاس ضرّ دعوا ربهم منيبين إليه ثم إذا أذاقهم منه رحمة إذا فريق منهم بربهم يشركون
Maksudnya: . Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadanya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Tuhannya.( Ar-Ruum 33 ).

4. Gelisah dan keluh kesah :Orang yang rohaninya baik, kita akan dapati pada air mukanya seraut ketenangan. Manakala orang yang rohaninya mempunyai penyakit, tersingkaplah diwajahnya kegelisahan dan keluh kesah.Kegelisahan dan keluh kesah itulah merupakan cermin dari ketidak stabilan mental.

Firman Allah SWT:
إن الإنسن خلق هلوعا إذا مسّه الشرّ جزوعا وإذا مسّه الخير منوعا إلا المصلين

الذين هم عن صلاتهم دائمون
Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), Apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah,Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut, Kecuali orang-orang Yang mengerjakan sembahyang ,Iaitu mereka Yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (Al-Ma’arij 19 – 23 )
Ust. Fadli Ibrahim (Lajnah Tarbiyyah Dewan Ualamak PAS Negeri Pahang)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 November 2008 in BERITA PAHANG, FIQAH ISLAM

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: