RSS

TAKBIR RAYA BID’AH!

01 Dec
Takbir Raya berjamaah bid’ah yang sesat? Itulah fatwa Wahhabiy yang popular berkaitan hari raya. Ikuti terjemahan yang dipaparkan :
Bekas Mufti Saudi berfatwa : “Adapun bertakbir secara berjamaah merupakan sesuatu yang dilakukan pembuat bid’ah. Iaitu dengan cara mengangkat suara-lebih dari dua orang-mereka memulakan dengan serentak dan mengkhirinya dengan serentak dengan satu suara dengan sifat yang khusus. Amalan ini tidak ada sebarang usul dan dalil keatasnya. Sebaliknya ia merupakan amalan bid’ah (yang direka cipta) terhadap sifat takbir sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT. Barangsiapa yang menginkari laungan takbir seperti ini dia sebenarnya berada di jalan yang benar. Berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa yang melakukan amalan bukan dari urusan(agama) kami maka ia adalah tertolak.” Dan sabda Nabi SAW ; “Jagalah diri kamu dari perkara rekaan. Sesungguhnya setiap rekaan itu adalah bid’ah. Setiap bid’ah adalah sesat.”
Maka takbir raya secara berjamaah adalah bid’ah. Dan amalan manusia apabila bertentangan dengan dalil syarak yang suci wajib ditegah dan diingkari. Ini kerana amal ibadat adalah tauqifiyyah. Dan ia tidak disyarakkan kecuali melalui al-Kitab dan al-Sunnah. Adapun pendapat manusia tidak boleh dijadikan hujjah padanya apabila didapati bertentangan dengan dalil syarak. Demikian juga Masalih Mursalah tidak boleh menetapkan sesuatu ibadat. Sebaliknya ibadat itu hanya boleh ditetapkan melalui nas al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak yang qath’ie.
Amalan yang disyaritakan untuk seseorang muslim bertakbir raya ialah dengan melakukan takbir ssecara syar’ie. Iaitu dengan bertakbir seorang diri (individual). dan sesungguhnya telah mengimkari amalan takbir raya secara berjamaah ialah Syeikh Muhammad bin Ibrahim-Mufti Saudi terdahulu-Dia telah mengeluarkan fatwa dan menegah orang rami dari amalan sedemikian.
Aku juga telah berfatwa mengenainya. begitu juga dengan fatwa yang diterbitkan oleh Lujnah al-Da’imah al-Buhuts al-Ilmiyyah Wa Ifta’ (Arab Saudi). Dan Syeikh hamud al-Tuwaijri juga telah menulis satu risalah yang amat bernilai dalam mengingkarinya (takbir raya berrjemaah) dan menegah orang ramai dari amalan sedemikian. Risalah ini telah dicetak dan disebar merata.
Padanya terdapat dalil-dalil yang menegah amalan bertakbir secara berjamaah. Ia mencukupi dan merawati..al-Hamdulillah.”-selesai petikan Syeikh Abd Aziz Ben Baz. Ia boleh dicapai :
Keterangan :

1) Bekas Mufti Saudi, Syeikh Ibn Baz, Syeikh Muhammad ben Ibrahim dan seorang tokohSyeikh Hamud alTuwaijri secara terang-terangan mendakwa amalan bertakbir raya secara berjamaah yang diamalkan seluruh pelusuk dunia adalah bid’ah yang sesat. Mereka bersungguh-sungguh mengrang kitab, mengeluarkan fatwa dan mencegah orang ramai dari mengamalkannya. Lihatlah betapa lemahnya hujjah mereka. Apakah Islam itu dicorakkan oleh pemikiran Wahhabiy sahaja?

2) Bayangkan bagaimana pula halnya jika para pelampau Wahhabiy sedunia (termasuk Wahhabiy TOTOK MSIA) yang menelan bulat2 fatwa ini dan membid’ahkan berjuta-juta umat Islam di Negara kita. Termasuk kader2 Wahhabiy yang muqallid pun dibid’ahkan juga. Takkan anda ingin berpeluk tubuh dan mendiamkan diri sahaja dalam menyelesaikan kes ini. Mana tanggungjawab anda terhadap virus bertopengkan Sunnah ini?

3) Amat kasihan Umat Nabi SAW diseluruh dunia. Sungguh kasihan.. kerana mereka dibid’ahkan, disesatkan HANYA SEMATA-MATA dengan perkara FURUK. Masya Allah! Inilah penangan Wahhabiy yang perlu diperjelaskan kepada masyarakat. Bertaubatlah dari dosa menyesatkan ummat ini. Semoga Allah senantiasa memberikan taufiqNya kepada kita semua.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Disember 2008 in FIQAH ISLAM

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: