RSS

Pertarungan maruah dan survival- Penamaan Calun 29.March.2009. Pengundian pada 7.April 2009

13 Feb

SPR mengumumkan bahawa PRK untuk kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diadakan pada 7 April dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 29 Mac.

Ramalan saya bahawa PRK ini akan diadakan sebelum atau selepas perhimpunan Agung Umno menjadi kenyataan.

Ini bermakna PRK ini menjadi ujian seterusnya kepada Najib. Malah kali ini ujiannya lebih hebat kerana pada tarikh tersebut Najib sudah menjadi Perdana Menteri dan kemungkinan besar Timbalan Perdana Menteri baru juga telah dilantik.

Insya Allah rakyat akan mengajar Najib atau lebih dikenali sebagai Najis pada kedua-dua PRK ini. Ramai pemerhari melihat SPR sengaja melewat-lewatkan tarikh PRK ini bagi memberi peluang kepada BN untuk memperkemaskan jenteranya serta memberi mereka peluang menjawab semua isu yang berlaku sekarang.

Selain itu PRK yang lewat ini juga mungkin akan menyebabkan kemarahan rakyat kepada BN semakin kendur kerana isu yang berlaku hari ini sudah sejuk.

Maka PR mempunyai tanggungjawab untuk meng’evergreen’kan isu ini supaya ianya terus menjadi duri dalam daging kepada Umno/BN. Kita juga mengharapkan rakyat supaya tidak mudah lupa dengan kejahatan dan kezaliman BN yang tidak berkesudahan ini.

Pengerusi SPR, Aziz Yusof mengumumkan tarikh tersebut di Pejabat SPR di Putra Jaya pagi ini.

Berikut ialah maklumat terperinci dan keputusan PRU 12:

P059 BUKIT GANTANG
Jumlah Pengundi: 55,471
Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04%

1. Roslan Shaharum (PAS) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566

N25 BUKIT SELAMBAU
Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas / PKR) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)
Majoriti: 2,362

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Februari 2009 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: