RSS

DAULAT TUANKU : SULTAN SELANGOR DIKAGUMI

26 Feb

Ternyata Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor lebih dihormati dan dikagumi oleh rakyat kerana baginda membuktikan sifatnya sebagai Sultan kepada hamba rakyat dengan tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan.

Rakyat tidak meminta apa-apa, cuma mereka mahukan Sultan yang menjadi payung rakyat dapat bertindak dengan adil, saksama dan tidak berpihak. Malah hamba rakyat juga amat menjunjung kasih jika Duli Yang Maha Mulia tidak menampakkan kecenderungan untuk terlibat sama dengan politik.

Patik amat menyanjung tinggi keputusan yang baginda ambil dan patik juga percaya seluruh rakyat Selangor amat berpuashati dan berbangga mempunyai seorang Sultan sebagaimana Baginda Sultan Selangor. Bukan sahaja rakyat negeri Selangor berbangga mempunyai Sultan seumpama baginda malah seluruh rakyat Malaysia turut sama tumpang gembira dan bersyukur mempunyai Sultan yang memahami dan menyanjung tinggi hasrat dan harapan rakyat. Daulat Tuanku!!

Berikut adalah kenyataan dari Dato’ Haji Mohamad Munir Bani Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor

Sukacita saya memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Menteri Besar dan percaya bahawa ia dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ’privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Elizabeth Wong, baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

Dato’ Haji Mohamad Munir Bani Dato’ Lela Bakti
Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Februari 2009 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: