RSS

Hujan, panas perjuangan PAS

13 Mac

Oleh Roslan Shahir

Marilah kita insafi bersama tugas dan tanggugjawab kita ini . PAS perlu terus komited berdiri tegak dan kukuh dalam persada politik tanahair atas landasan perjuangannya yang keramat itu.”

PAS dilahirkan dengan tujuan menyempurnakan taqwa, iaitu melahirkan generasi muttaqun yang menyedari tanggungjawab “al amru bil makruf wan nahyu anil mungkar” di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Misi penubuhan PAS ini terkandung di dalam mukadimah perlembagaannya. Ia berbunyi:

Demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia yang dijadikan bagi menegakkan makruf dan mencegah mungkar dalam kehidupan mbermasyarakat dan bernegara

Lantaran itu bersempena ulangtahun pertama pilihan raya umum ke 12 dan kemenangan Pakatan Rakyat yang didokongi PAS di beberapa buah negeri, maka sewajarnyalah suatu penilaian dibuat bagi mengukur sejauh manakah kesan perlaksanaan misi kita sepanjang setahun Allah SWT meminjamkan kemenangan ini pada kita. Samada kita Menteri Besar, ahli EXCO, ahli Parlimen, ADUN, ahli majlis, ketua kampung, JKKK dan sebagainya, sejauh manakah tanggungjawab dan amanah ini telah berjaya kita galas dan laksanakan.

Hujan atau panas kelangsungan PAS diukur dari keupayaannya kekal istiqamah di atas landasan perjuangannya. Selain itu apabila beroleh kuasa, apakah mampu pimpinan dan ahli-ahlinya melebarkan misi perjuangan sehingga menjadi realiti dan mendatangkan kesan ke atas kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Surut atau pasang minat dan kesetiaan rakyat pada PAS tertakluk pada keupayaannya memenuhi agenda perjuangannya.

Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kedudukan tinggi yang dicapai PAS dalam masyarakat pada hari ini adalah hasil kejayaannya yang tidak jemu-jemu menterjemahkan perjuangannya sehingga melahirkan ahli dan pimpinan yang berkualiti, dihormati dan disegani masyarakat. Kualiti ini bukan lahir dari jelmaan peribadi tetapi penghayatan perjuangan PAS dikalangan ahli dan pimpinannya.

Namun jangan sekali-kali kita berasa leka, selesa dan megah dengan apa yang ada. Lantas pengukuran prestasi dalam setahun ini penting bagi memastikan keupayaan PAS untuk menguasai medan yang lebih luas dimasa yang akan datang. Jika ada kelemahan maka ia perlu diperbaiki jika ada kebaikan maka ia perlu digilap supaya menjadi lebih baik.

Rakyat di luar meletakkan harapan yang tinggi ke atas kita. Dan kita pula telah merakamkan deklarasi bahawa penyempurnaan taqwa itu sebagai asas penubuhan kita, tiada badan atau parti siasah lain dalam Negara yang menggariskan penyempurnaan taqwa sebagai asas penubuhannya selain PAS. Oleh itu tugas dan tanggungjawab kita besar dan jika pun kita tidak atau enggan mengukur pencapaian kita itu, pengukuran dan perhitungan berterusan para malaikat-Nya terus sampai ke singgahsana Allah SWT siang dan malam.

Marilah kita insafi bersama tugas dan tanggugjawab kita ini. PAS perlu terus komited berdiri tegak dan kukuh dalam persada politik tanahair atas landasan perjuangannya yang keramat itu. Kekuatan PAS insyallah menjamin kekuatan Pakatan Rakyat, tetapi jika PAS longgar dan longlai, segala-gala yang di dalam tangan tidak mustahil akan luluh dan berderai.

Perjuangan yang diasaskan oleh mereka yang telah pergi medahului kita ini perlu terus relevan, dan panji-panji Islam ini perlu terus tegak berkibar di dalam gengaman tangan-tangan muttaqun yang jujur dan ikhlas. Teruskan perjuangan, biar PAS ini kekal berdiri sampai bila-bila.- azm

(Roslan Shahir bin Dato’ Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS) _

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mac 2009 in SINAR JUMAAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: