RSS

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pahang Mimpi Jumpa Nabi

22 Jun

Picture+112

Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan  telah memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ustaz dato` Tuan ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa  individu yang datang berjumpa dengannya  didalam mimpinya  itu adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.?

Balakirsna memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w.  dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.

Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Masya Allah, selepas Ustaz dato` Tuan ibrahim memberithahu didalam ceramahnya  saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi.  Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.

Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.

Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.

Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi s.a.w.

Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w tetap akan bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah s.a.w sedaya mampu.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Surah al-Nasr (Kemenangan)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Jun 2009 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: