RSS

Mursyidul Am – TG. Nik Aziz : Media akan buru dan UMNo akan ajar ?

27 Jun

Oleh kerana marahkan Nik Aziz, kerana menjadi penyebab gagalnya Gagasan Kerajaan Perpaduan. Yang diidamkan oleh UMNO. Maka UMNO rasa payahlah untuk mendapat peluang lain bagi menyimpul mati dan memerangkap PAS dalam permainan politik di Malaysia.

Satu ketika jerat kerajaan perpaduan hampir membelit PAS. Oleh kerana tentangan Niz Aziz yang luar biasa itu, maka gagasan itu dicabut terus. Dan UMNO terlompong dan kempunan yang amat sangat. Kerana yang memberi dan menghulur umpan itu adalah PAS, yang teramat sayang untuk dilepaskan.

Hari ini, media dan semua perkakas UMNO, mata telinga di kampung akan melaporkan apa sahaja tindakan Nik Aziz. Bagi mereka Nik Aziz perlu diajar. Maka hari ini, media bersama UMNO sepakat untuk ‘menyerang’

Nik Aziz dan memberi gambaran Nik Aziz ini adalah salah, jahat, keras, dan manusia yang perlu disingkirkan, kerana ia adalah manusia yang tidak mahu masyarakat Islam bersatupadu. Gambaran media lagi kepada rakyat bibit-bit kebencian mulai disemai dan ditanam, mereka akan terus menyerang dan menyerang Nik Aziz sehingga jika boleh letak jawatan MB dan senyap maka barulah UMNO dan media milik UMNo akan berpuashati.

Sebenarnya, kita tidak terkejut ada ramai lagi pimpinan pembangkang yang kata kepada UMNO lebih teruk lagi daripada apa yang Nik Aziz cakap. Kenapa media milik UMNO tidak menyairkannya kerana mereka tidak ada kepentingan disana. Mereka media milik UMNO pernah bercakap aHarakah media pembangkang lain adalah sekadar akhbar nyamuk sahaja. Kerana nyamuk sekali spray sahaja dengan resect boleh mati.

Yakinlah dan percayalah UMNO dan media akan ‘mengerjakan’ Nik Aziz dari semasa ke semasa .

UMNo dan media terlalu amat mendendami Nik Aziz sekarang. Jika satu masa dahulu Hj Hadi pernah digambarkan sebagai seorang yang keras, payah bawa berunding, bila Hj hadi pegang PAS, parti ini akan lebih radikal dan keras, sekarang media berjaya lunakkan. Amanat Hj Hadi yang popular kini tidak dimainkan dan tidak diuar-uarkan.

Justeru hari ini, media dan UMNO akan mengejar apa sahaja kata dan ucapan Nik Aziz di mana sahaja. Jika tersilap dan terlanjur kata mereka akan putarbelitkan dan belitputarkan. Kita memang sudah lama kenal UMNO. Itulah UMNO, dan itulah kehidupan mereka(UMNO)

Itu hanya kiasan – Nik Aziz

KOTA BAHARU 26 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

“Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. – Bernama

Oleh Chegu Zul.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Jun 2009 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: