RSS

Ye ke? Dr Yusuf Al Qaradawi pun akan masuk UMNO

25 Feb

Oleh Besut_PAS

Kalau hendak dipanjangkan lagi akan fitnah-fitnah yang dibuat penulis-penulis yang meniru cara Hitler Jerman menfitnah, amatlah besar ruang untuk menfitnah jika mereka mahu teruskan fitnah mereka.

Fitnah yang dilemparkan kononnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ust Nasharudin Mat Isa, Datuk Mustafa Ali, Dr Hasan Ali dan Dr Harun Din bersekongkol ingin membawa PAS masuk UMNO ditulis tidak berpenghujung oleh penulis-penulis ini. Ada sahaja bahan atau sumber yang boleh mereka jadikan modal untuk menfitnah. Pantang ada cerita terbaru sikit, ‘digorengnya’ sehingga garing cerita tersebut agar fitnah mereka kelihatan benar.

Cara mereka menfitnah sungguh mudah. Dikatakan Ust Nasharudin telah berjumpa dengan UMNO. Pada mereka berjumpa sahaja sudah cukup untuk membawa PAS masuk UMNO. Lupakah mereka PAS bukan milik Ust Nasharudin seorang sahaja dimana ianya tidak akan terjadi sebegitu mudah bagaikan cerita dongeng… berjumpa sahaja Ust Nasharudin dengan UMNO, maka dengan sendirinya PAS akan masuk UMNO. Wah !!!!! Hebatnya.

Tuan Guru Haji Hadi Awang juga difitnah mahu membawa PAS masuk UMNO hanya kerana Tuan Guru bercakap tentang Kerajaan Perpaduan. Wah hebatnya !!! Baru bercakap tentang Kerajaan Perpaduan yang tidak diperincikan pun dah membawa PAS masuk UMNO. Bagaikan kisah Aladin dan lampu Ajaib… begitulah hebatnya.

Dikatakan Dr Harun Din pencetus idea Kerajaan Perpaduan, maka Dr Harun Din juga dituduh mahu membawa PAS masuk UMNO. Tidak diselidiki langsung apa makna Kerajaan Perpaduan, setakat mana penggabungan tersebut, adakah penggabungan dari segi politik atau penggabungan dalam bentuk tertentu yang ada perjanjian tertentu juga.

Tidak… tidak… tidak, tidak perlu diselidik. Matlamat utama penulis-penulis ini pada waktu itu ialah, bahan untuk fitnah sudah cukup, jadi olah la ayat, karangla cerita.. fitnah ditabur.

Datuk Mustafa Ali dikatakan orang kuat mahu PAS bergabung dengan UMNO apabila beliau mengatakan 16 Sept tidak akan berlaku. Datuk Mustafa Ali berhujah dengan fakta yang lengkap yang mana pada tarikh tersebut tiada sidang parlimen, jadi mana mungkin 16 Sept akan berlaku.

Kata Mustafa Ali, daripada sibuk menunggu 16 Sept yang mustahil berlaku itu, baik umat islam menumpukan ibadah pada bulan Ramadhan (kebetulan ketika itu bulan Ramadhan). Sememangnya 16 Sept tidak berlaku pun.

Tetapi Mustafa Ali difitnah tidak menyokong idea Datuk Seri Anwar dan mahu PAS bergabung UMNO. Senangnya tuduhan, bagai menyuap makanan ke mulut.

Dr Hasan Ali tidak terkecuali difitnah hanya kerana beliau mengkritik Kerajaan negeri yang mana beliau sendiri salah seorang Exconya. Penulis-penulis ini mahu Dr Hasan Ali tidak bertaring dalam kerajaan negeri Selangor. Sekadar menjadi Pak Anguk sahaja.

Mereka mahu suara islam yang dibawa oleh Dr Hasan Ali dalam Kerajaan Selangor tidak dilaungkan kuat-kuat. Mereka mahu Dr Hasan Ali sekadar berbisik sahaja. Apabila Dr Hasan Ali membuka suara, maka secara automatiknya Dr Hasan Ali mahu masuk UMNO.

Begitulah teori-teori yang diguna pakai oleh penulis-penulis otak masuk air ini. Matlamat menghalalkan cara, fitnah pun fitnahlah. Yang penting matlamat mereka tercapai. Begitulah cara mereka menulis.

Kalau mengikut teori penulis-penulis ini juga, Dr Yusuf Al Qaradawi juga boleh mereka fitnah mahu masuk UMNO kerana Dr Yusuf telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri (Putrajaya) semasa beliau dijemput hadir ke Negara kita diatas program Sambutan Maal Hijrah. Gambar kunjungan Dr Yusuf juga telah disiarkan oleh akhbar-akhbar utama tanahair.

Tetapi alhamdulillah setakat ini belum lagi terdengar fitnah sedemikian. Mungkin penulis-penulis ini tahu, kalau mereka fitnah juga ke atas Dr Yusuf, akan terserlah kejahatan mereka, kemunafikkan mereka dan kebodohan mereka sendiri.

Kalau diPalestin pula, ketika peperangan memuncak antara Hamas dan Israel dan kadang-kadang antara Hamas dan Fatah (parti sekular palestin), terjadinya usaha-usaha diplomasi dan rundingan damai yang menemukan pemimpin tertinggi Hamas dan wakil Yahudi dan wakil Fatah.. maka senang lah untuk dituduh bahawa Pemimpin Hamas tersebut telah belot kerana mahu bergabung dengan Yahudi dan Fatah.

Ketika tentera mereka berperang, mereka bertemu dimeja rundingan. Apakah dengan semudah itu kita menuduh Hamas mahu belot dari perjuangan asal hanya kerana mereka berjumpa dimeja rundingan?

Apakah ini sangkaan semata-mata atau sememangnya pemikiran jahat ini ditanam dan mahu disebarkan?

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Februari 2010 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: