RSS

PAS: BN tumbang kerana serah telaga minyak

18 Mei

Abdul Rahim Sabri

PAS menyifatkan “kemarahan dan kebencian” pengundi di Sibu sebagai punca utama BN tumbang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam.

“Isu-isu seperti kerugian Sime Darby, Pos Malaysia dan berbagai lagi termasuk penyerahan dua telaga minyak yang sepatutnya memberi hasil royalti kepada Sarawak dan Sabah.

“Kalau 320 bilion hasil yang ada pada telaga itu, Kalau 5 peratus, (maka) jadi 16 bilion akan diperolehi. Jadi ia satu kerugian yang besar kepada Sarawak dan Sabah,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena juga kesal dengan penyerahan telaga tersebut kepada Brunei yang sudah terkenal dengan hasil minyaknya.

Beliau mengulas faktor kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat pada sidang media di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Dalam

pilihan raya tersebut, calon DAP, Wong Ho Leng, menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi.
Mengulas lanjut, Mahfuz (atas, tiga dari kiri) juga menempelak kerajaan kerana tidak bertegas untuk menuntut kedaulatan kawasan minyak itu yang dikatakan kawasan pertindihan.

Beliau mempersoalkan sekiranya ia merupakan kawasan pertindihan, mengapa kerajaan tidak mempertahankan kedaulatannya dengan merujuk kepada Mahkamah Antarabangsa seperti pertikaian Pulau Batu Putih.

“Sedang ini adalah dua telaga minyak, yang dikatakan bertindih oleh kerajaan, yang mempunyai hasil yang lumayan. Sepatutnya diperolehi negara. Kita tidak pertahankan sehingga ke Mahkamah Antarabangsa. Ini sangat memalukan negara,” katanya

Selain itu, Mahfuz yang juga mendakwa kegagalan kerajaan negeri Sarawak untuk menyelesaikan masalah tanah di kalangan Melayu, turut menjadi faktor kemenangan DAP dan Pakatan.

Beliau juga menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu adalah satu permulaan untuk menghapuskan bahawa negeri tersebut merupakan “simpanan tetap dan talian hayat” kepada BN dalam pilihan raya.

“Dahulu ia dijadikan simpanan tetap untuk terus berkuasa. (Kemenangan) Ini satu permulaan kepada Sarawak yang akan menghadapi pilihan raya kecil negeri dan pilihan raya umum di peringkat nasional.

“(Selepas ini) Ia tidak akan menjadi satu simpanan tetap kepada BN. Ini merupakan satu perkembangan agak baik,” katanya.

Katanya, walaupun Pakatan kalah di peti undi Hilir Nangka yang majoritinya adalah pengundi Melayu tetapi terdapat peningkatan jumlah undi Melayu yang diperolehi di kawasan tersebut.

“Kesediaan pengundi Melayu, yang bukan sahaja bersama dengan PAS tetapi bersama DAP telah menunjukkan satu perubahan baru di Sarawak untuk politik Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, kata Mahfuz, berdasarkan perkembangan tersebut, PAS akan membentuk satu jawatankuasa penaja bagi menubuhkan PAS di kawasan tersebut.

Katanya PAS pusat akan berbincang dengan PAS negeri berhubung perkara tersebut selepas Muktamar PAS yang dijadual berlangsung bulan hadapan.

. http://www.malaysiakini.com/news/132027

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2010 in PRK SIBU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: