RSS

Ungkapan emas Hitler

27 Jul
Sumber Asal . http://roydotcom.wordpress.com/2010/07/27/di-sebalik-kisah-hitam-adolf-hitler/

Ungkapan emas Hitler

Salam pembaca, kisah ni aku dapat dari email, orang forward dan dia pun ambik dari blog seseorang, so tak dapat nak bagi kredit kat penulis asal dia. Berdasarkan cerita ini terpulang pada kita untuk memberi pendapat, tepuk dada tanya selera..

“Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : ” Ada dua sebab

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel .
Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Tentera nazi german belajar agama Islam

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Tentera nazi yg muslim bersolat di dataran Berlin sebelum upacara Nuremberg..

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama mufti Alqud palestin,Syeikh Amin Al-Husainiy membincangkan isu Yahudi. Dari sinilah hitler membenci Yahudi

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Mutfi menerima kawalan hormat dari tentera Nazi

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti.
Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan.
Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas… Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.”

Roydotcom: sambil tengok-tengok gambar Nazi kat internet, aku terjumpa satu link facebook mengenai pembohongan Holocaust, so korang boleh refer kat link ni. Gambar dia banyak sangat, so bagus korang rujuk saja cerita kat setiap gambar tu.

http://www.facebook.com/album.php?aid=25009&id=100000236773079&ref=mf

Dan kalau korang nak baca satu komen dari mat salleh rasanya Yahudi, Mark Bernadiner, PH.D.
Texas  yang dia post kat blog ni “Boycoot Israeli Good” boleh klik  link ni.. pasal holocaust dan apa yang barat percaya pasal Islam sampai sekarang

http://roydotcom.wordpress.com/2009/01/08/boycott-israeli-goods/

 
4 Komen

Posted by di 27 Julai 2010 in Uncategorized

 

4 responses to “Ungkapan emas Hitler

  1. zairol79

    28 Julai 2010 at 9:42 AM

    kepada admin: sebagai blogger yang berhemah, sila tinggalkan kredit kepada sumber asal post yang diambil :Roydotcom.

     
  2. Izrol Ihsan

    5 Julai 2011 at 10:51 AM

    btol ke tindakan Hitler senanye berasakan Islam???sbab ade byk sgt citer tentang Hitler..

     
  3. Tuan Haji Faizwan

    22 September 2011 at 11:14 AM

    renung2kanlah…0rg yahudi mmg laknatullah..

     
  4. Shahril Iskandar

    16 Oktober 2011 at 10:40 AM

    Perh…. brother memang silap la….. askar Jerman bukan Islam….. yang Islam tu ialah orang Bosnia yang dapatkan bantuan latihan tentera dan senjata dari Jerman untuk lawan Partisan Komunis Serbia. Pastu aksar yang solat berjemaah tu bukan sembahyang kat Berlin, tapi kat tempat di Yugoslavia. Askar Islam dari Bosnia ni digelar Handschar Division ataupun ‘Gerbirsjager’ (bermaksud maut dari gunung) oleh orang Jerman. Hitler tolong diorang sebab kata diorang ada darah Aryan kerana orang Bosnia yang kelihatan seperti orang Eropah. Lagipun Hitler ambil kesempatan nak halang kemaraan tentera soviet di arah timur. Orang Bosnia yang beragama Islam ni pada masa dulu kerajaan Ottoman (Turki) pernah menakluk tempat tu menyebabkan penduduk tempatan menganut agama Islam. Cuba korang tengok balik semula gambar kat atas tu. Askar Islam diorang pakai topi tradisional orang Turki, bukan orang Jerman. Pastu ade lelaki sedang membaca risalah ‘Islam dan Yahudi’.
    Diorang langsung bukan orang Jerman. Masa zaman tu, negara Jerman memang takde Islam. Diorang diberikan senjata dan latihan askar tapi satu syarat, mesti sanjung Hitler. Pastu orang korang kata ‘Sheikh’ tu sebenarnya “Grand Mufti” dari Baitulmaqdis untuk menyampaikan berita kepada Hitler yang ketika itu berada di Croatia, bahawa British telah sampai ke Palestin untuk bina petempatan Yahudi yang terseksa akibat Nazi. Pastu korang kata Hitler menulis ‘Mein Kampf’ dengan nama Allah ngan ayat Al-Quran dan macam-macam lagi, itu memang tipu belaka. Cuba korang beli buku terjemahan Mein Kampf kat mana-mana bookstore seperti Popular atau MPH. Aku da beli da… Buku tu tulis dengan tujuan selamatkan warga Eropah dari darah Semitic (Yahudi, Arab, Afrika). Lagipun Hitler bukan suka Islam pun… kat El-Alamin, Mesir askar Jerman banyak bunuh orang Islam kat situ kerana bekhidmat untuk British. Pastu korang ingat orang Islam benci Yahudi ke masa tu? Orang Lebanon, Croatia, Palestin, dan Jordan termasuk Bosnia, sumenye selamatkan orang Yahudi secara senyap-senyap. Pastu siapa kata Hitler tak suka arak? Haha… buat orang gelak jer… dialah Raja Setan Arak…. lepas perang tamat, askar US jumpa villa milik kawan karib Hitler sehidup-semati, Hermann Goring yang villa dia macam ‘Perpustakaan Arak’…… lebih 300 ribu botol arak ditemui…. dan salah satu galeri arak berjenama ‘Bitburger dan Borsh Leinstein’ adalah diatas nama Hitler. Lagipun dia memang kejam bunuh orang Yahudi yang tak bersalah termasuk orang berkulit hitam. Dan last skali Hitler ni memang setan. Dia ni langsung tak penah agungkan orang Islam. Masa dia mati, askar Rusia jumpa mayat dia. Hitler ni tak BERKHATAN. Maknenye hidup takde kene mengena ngan Islam. Dia kristian kelahiran Austria. Lagipun apa bezanya Islam ngan Yahudi? Diorang berkhatan kita pun sama. Kristian mana ada sunat.

    God damn you Adolf Hitler, may you burn in Hell!!

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: