RSS

Blog aibkan mufti bukan kendalian Pas

27 Jul

Ust Idris Ahmad SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad menolak kemungkinan kewujudan blog yang menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’ ditulis dan dimiliki ahli parti itu.

Menurutnya, setakat ini hanya laman web Harakah Daily yang secara rasminya diiktiraf sebagai laman web Pas walaupun wujud laman blog lain yang menggambarkan pandangan parti tersebut.

“Kita tidak boleh nak kawal pemilikan blog dan tiada sebarang pantauan dilakukan terhadap ahli Pas yang memiliki blog sendiri kerana jumlah blog terlalu banyak di Internet dan kebanyakan identiti pemiliknya sukar dikenal pasti.

“Maka, saya bimbang sekiranya ada musuh Pas yang menggunakan taktik menyamar sebagai ahli parti dan kemudiannya menulis pelbagai cacian di dalam blog untuk mengundang kebencian orang ramai yang membacanya terhadap Pas,” katanya.

Beliau berkata, menghina orang lain dalam blog sepatutnya tidak berlaku dan Pas tidak pernah menggalakkannya kerana parti tersebut adalah parti yang berakhlak.

Terdahulu, Harussani mengatakan beliau tidak kisah apabila ada beberapa penulis laman blog yang menghinanya menggunakan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’, sebaliknya beliau menasihatkan agar mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7992925.asp

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Julai 2010 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: