RSS

Ku Li bukan lagi ‘Raja Gua Musang’

20 Oct
http://www.selamatkanpahang.blogspot.com/

Tindakan Umno memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) Galas sudah tentulah mempunyai sebab tersendiri, meskipun dianggap memecah tradisi kerana lazimnya peranan tersebut digalas oleh Timbalan Presiden parti.

Mungkin bagi anggapan Umno, Ahli Parlimen Gua Musang selama 9 penggal itu merupakan segala-galanya di situ, mungkin bagi mereka nafas Umno adalah nafas Ku Li itu sendiri. Justeru tidak hairanlah ada pihak dalam Umno mahukan Ku Li sendiri menjadi calon, meskipun mereka sedar risiko dan akibatnya.

“Malah sesetengah Orang Asli di situ menganggap Ku Li sebagai Raja Gua Musang,” akui Pengerusi Jawatatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Kesihatan Negeri Kelantan Wan Ubaidah Wan Omar ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan Munakasyah Ketua Dewan Muslimat peringkat negeri Pahang di Temerloh baru-baru ini.

Namun PAS tidak ada pilihan kerana tokoh yang pernah ‘diasingkan’ oleh Umno dan bersama Kerajaan Kelantan dalam isu royati itu memilih untuk menentang calon PAS.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kelantan itu menceritakan memang pengaruh Ku Li agak kebal di Gua Musang, tetapi berdasarkan georafi politik semasa beliau tidak percaya faktor Ku Li semata-mata boleh menang atau kalah pilihan raya. Bagaimanapun beliau akur jentera PAS terpaksa bekerja kena turun memberi penerangan termasuk akan cuba ubah minda Orang Asli.

“Kita kagumi beliau dalam isu royalti, dia memilih untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan royalti. Itu satu bab, dalam bab PRK Galas pula beliau memilih untuk berlawan dengan calon yang diletakkan kerajaan Kelantan. Jadi apa pilihan kita?

“Mengenai faktor Ku Li, beliau bukanlah segala-galanya walaupun buat pertama kali Umno menyanjungnya. Dalam pilihan raya lepas pun kita lawan dia dan kita menang,” jelas Wan Ubaidah.

Wan Ubaidah yang pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (senator) selama dua penggal bermula 30 Jun 2003, melihat PAS tetap berpeluang untuk menang di Galas walaupun di BN begitu ghairah dan berkeyakinan untuk merampas kerusi itu kembali.

“PAS sudah menang di kerusi tradisi BN itu buat pertama kali pada pilihan raya umum (PRU) lalu, jadi jentera kita akan pastikan ia kekal di tangan PAS. Kita akan turun ke Galas dengan pelbagai program dan pendekatan mengikut keadaan masyarakat di situ,” katanya.

Dalam pada itu, tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pihan Raya (SPR) pada 26 Oktober dan tarikh pengundian 4 November turut dipertikaikan dan tidak disenangi banyak pihak kerana merupakan hari bekerja.

Menurut Wan Ubaidah, tarikh 4 November itu pula ialah tempoh berlangsungnya Persidangan Belanjawan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Sepatutnya pihak SPR mengambil kira sebab tarikh Persidangan Dewan Undangan Negeri telah ditetapkan lebih awal lagi iaitu dari 1 hingga 9 haribulan. Jadi apa salahnya kalau PRK Galas diadakan pada 10 haribulan ke atas sebab masih lagi dalam masa yang dibenarkan.

“Kita rasa agak dukacita kerana SPR tidak sedikitpun mengambilkira kekangan-kekangan yang ada pada orang lain. Sebaliknya selalu memikirkan apa yang boleh menguntungkan pihak mereka. Walau apapun kita akan terus kerahkan jentera membuat pelbagai persiapan demi menghadapi usaha-usaha dan tipu daya dari segenap sudut itu,” ujarnya lagi.

Ada yang mengaitkan bahawa BN mudah memanipulasi undi wanita, bahkan ada yang berkata wanitalah sebenarnya yang memenangkan BN. Sebagai Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita bekas pensyarah di Institut Teknologi Darulnaim ini turut merasakan tekanan tersebut khususnya di PRK Galas ini.

“Kita akan terus dekati pengundi wanita, kita akan nyatakan apa yang kerajaan telah buat. Mengenai hal ehwal wanita, Kerajaan Kelantan telah tersohor menunjukkan kecaknaan terhadap wanita antaranya cuti bersalin 90 hari. Inisiatif kita itu ditiru kemudiannya oleh Kerajaan BN.

“Dan baru-baru ini kita telah luluskan skim bantuan baru yang kita namakan Skim manfaat Armalah (SMA) di mana wanita daripada keluarga miskin yang kematian suami kita akan beri bantuan tunai dan terus diusahakan untuk dapatkan bantuan JKM untuk pihak wanita tersebut.

“Selama ini urusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu hanyalah urusan peribadi wanita tersebut. Ada bantuan One Off untuk wanita-wanita. Selain itu ada bantuan tabung keusahawan wanita. Juga usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita melalui PPWK.

“Kebetulan PPWK di Galas antara yang aktif yang memberikan kursus-kursus kemahiran kerja tangan Sama ada jahitan manik, memasak dan sebagainya untuk membantu wanita supaya mereka lebih berdikari diberi kursus dari masa ke semasa yang kita jemput ke Kota Bharu atau menjalaninya di Gua Musang.”

Bercakap tentang isu-isu yang bakal dicanangkan oleh jentera propaganda BN nanti, Wan Ubaidah menjangka garak saraf tradisinya iaitu isu pembangunan.

“Mungkin isu pembangunan akan mereka ketengahkan bagi menafikan kemajuan yang telah diusahakan oleh Kerajaan Kelantan, tetapi itu tidak menjadi masalah kerana dalam masa akhir-akhir ini Gua Musang telah mengalami pembangunan yang pesat berbanding sebelum ini, jelasnya”.

Kini rakyat sudah dapat saksikan wujudnya Bandar Baru Lojing dan Bandar Baru Gua Musang yang berderet-deret rumah kedai.

“Yang menariknya pembangunan pesat itu berlaku semasa Cik Hashim (Adun PAS yang meninggal). Sedangkan zaman-zaman sebelum ini tidak ada pembangunan di tempat itu jadi tak kenalah kalau rakyat Galas menolak calon daripada PAS atas dasar pembanguan.

“Kalau sengaja BN nak tabur janji memang banyak seperti jambatan yang dijanjikan di Manek Urai. Tak buat lagi pun cuma sehari dua ini naiklah sigboard nak buat jambatan. Kenapa hari ini baru naikkan sign board, kenapa tidak dua bulan yang lepas atau tahun lepas sebab dah lama berjanji pada PRK lepas. Inilah kerja orang Umno suka menabur janji kepada rakyat.

“Itu biasalah memang kerja mereka. Tapi saya penuh yakin bahawa rakyat Galas ini rakyat bandar yang cerdik yang terdedah kepada perkembangan-perkembangan dan tahu apa yang berlaku dan insya Allah tidak akan mudah dibeli. Masa sudah berubah,” kata Wan Ubaidah menutup perbualan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Oktober 2010 in 5 NEGERI PR, PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: