RSS

LEMAH KERANA NAJIB WARISI KERAJAAN DARI PAK LAH, MAHATHIR TIDAK SEBUT PAK LAH WARISI DARI SIAPA?

20 Oct

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN MAHATHIR sendiri merasa kurang yakin Najib mampu memperolehi 2/3 majoriti di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Mantan PM itu berkata ini adalah disebabkan Najib mewarisi kerajaan yang lemah daripada Pak Lah. Cumanya, beliau tidak sebut pula Pak Lah mewarisi kerajaan diktator itu daripada siapa.

Adakah Pak Lah telah mewarisi kerajaan yang kuat daripada Mahathir? Hakikatnya Pak Lah menerima jawatan PM daripada Mahathir di dalam keadaan Bn tidak lagi kuat dan berlakunya perpecahan orang-orang Melayu sehingga tertubuhnya Parti KeADILan Nasional atau sekarang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di zaman Mahathir beliau banyak mencipta kerosakan politik orang-orang Melayu bermula dengan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46. Mahathir telah menjadikan Umno sendiri diharamkan, dan beliau tubuhkan semula Umno (Baru) dan Umno (Baru) inilah sebenarnya yang diwariskan kepada Pak Lah seterusnya kepada Najib.

Mahathir yang dahulu sinonim digelar `Mahafiraun’ mencetuskan perpecahan di kalangan rakyat akibat perbuatannya yang rakus untuk mengekalkan kuasa. Pemecatan DS Anwar dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno adalah kemuncak kezaliman Mahathir. Semenjak itu kerosakan dan perpecahan di kalangan rakyat tidak dapat dibendung lagi. Justeru itu, mahu atau tidak Mahathir terpaksa lepaskan jawatan sebagai PM dengan meninggalkan kesan daripada `kediktatoran’nya kepada pengganti beliau iaitu Pak Lah.

Pak Lah hampir sahaja mampu memperbaiki imej Umno apabila slogan `Islam Hadhari’nya berjaya mempengaruhi rakyat terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Maka, di dalam Pilihanraya Umum tahun 2004, Pak Lah berjaya tingkatkan imej Umno/Bn dengan mendapat keputusan cemerlang di dalam pilihanraya tersebut. Sememangnya sudah menjadi tabiat Umno, mereka lupa dan sombong apabila mempunyai kuasa yang besar.

Pak Lah yang digelar sebagai PM yang `suka tidor’ itu mengambil kesempatan dengan prestasi Bn yang semakin meningkat untuk terus melakukan sesuka hati beliau. Kerajaan di bawahnya banyak dibayangi oleh menantunya iaitu KJ. Pak Lah gagal mengurus ekonomi negara dengan baik dan beliau tampil dengan gelaran PM yang banyak menyusahkan rakyat. Akhirnya, rakyat kembali menolak Umno dan Bn apabila merasakan dua PM sebelum ini tidak boleh diharapkan. Pembangkang mencipta rekod kemenangan besar di dalam Pilihanraya Umum tahun 2008.

Najib mengambil alih kerusi PM daripada Pak Lah secara `lembut’. Malangnya ketika Najib berkuasa, rakyat sudah tidak percaya dan mengharapkan lagi Umno/Bn. Apatah lagi, Kerajaan PR yang berjaya mentadbir beberapa buah negeri telah berjaya meyakinkan rakyat dengan sistem pemerintahan yang adil dan telus. Najib sudah terlalu lewat memperkenalkan slogan `1 Malaysia’. Rakyat sudah mula memandang kepada slogan Negara dan Negeri Berkebajikan yang dibawa oleh PR.

Kesilapan Pak Lah seterusnya Najib untuk tidak memperbaiki imej negara yang tercalar di mata dunia akibat fitnah terhadap DS Anwar menjadi salah satu faktor mengapa negara ini masih ketinggalan.

Najib gagal lakukan perubahan dan kepimpinan beliau kini digelar sebagai kepimpinan Rosmah. Bahkan, bajet 2011 yang baru diumumkan baru-baru ini digelar orang `Bajet RM’ atau `Bajet Rosmah Mansor’. Maka, memang wajar Mahathir tidak lagi percaya Najib mampu mengembalikan 2/3 majoriti di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti./wfauzdin.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Oktober 2010 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: