RSS

Menara Warsian : RM 5 Billion Tidak Membazir ?

21 Oct
Oleh ; Chegu Zul
Belumpun pembentangan Bajet 2011 berusia seminggu, Najib menerima serangan bertali arus pembangkang. Paling terkesan dalam pembentangan Bajet Najib adalah soal ‘imbuhan’ pelaburan wang berjumlah RM111 juta kepada PERMATA yang diterajui isterinya.

Paling aneh Bajet ini adalah tindakan menteri kewangan memberikan ‘kelulusan khas’ kepada NGO kumpulan PERMATA PINTAR. Dalam pembentangan Bajet Negara bayangkan. Siapa bernai tegur kesalahan PM ini dalam memberi kelulusan terus. Jika NGO lain mereka terpaksa memenuhi dahulu prosedur permohonan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita & keluarga terlebih dahulu.

Selain itu, pembinaan RM5 billion Bangunan Menara Warisan 100 tingkat. Gara-gara enggan memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan berjumlah 1.2 juta orang. Yang pergantungan mereka dan ketaatan mereka kepada kerajaan. Dinafikan, kerana negara bekeperluan membelanjakan tanggungan RM3.1 billion jika sebulan gaji diberikan kepada kumpulan ini.

Hari ini semua rakyat, mempersoalkan apa perlu, apa gunanya bangunan bertingkat-tingkat yang banyak. Guna untuk siapa ?

Bagi kita semua tahu dan faham. Mereka membuat begini kerana sesuatu !!!!!!

Menara Warisan tak membazir: PM

DATUK Seri Najib Razak menegaskan cadangan membina Menara Warisan di ibu negara, bukan projek pembaziran, sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan negara.

Perdana Menteri juga menjelaskan menara 100 tingkat itu dirancang dan dicadangkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada kerajaan.

“Saya tak arahkan PNB, tetapi PNB cadangkan bahawa ini sesuatu yang sangat diingini pengurusan atau Lembaga PNB,” katanya pada sidang media selepas majlis Taklimat Presiden kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pembinaan menara yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 pada Jumaat lalu yang dikritik beberapa pihak dengan menyifatkannya sebagai pembaziran.

Projek bersepadu bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015, akan dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Najib berkata, ketika kerajaan mahu membina Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas dulu, ramai yang mengkritik, khususnya parti pembangkang.

“Dalam sejarah, bila Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang, dia (pembangkang) serang juga, sekarang orang Pulau Pinang minta jambatan kedua… bila Tun Dr Mahathir buat Menara Berkembar pun dipertikaikan,” katanya.
Beliau berkata, secara rasional pembinaan Menara Warisan sama seperti membina Menara Berkembar Petronas mewujudkan kesan ekonomi kerana melaluinya banyak kerja kontraktor boleh diagih.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Oktober 2010 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: