RSS

Budaya Politik Baru Umno: Umno bakal mati ?

24 Oct
Oleh : Chegu Zul
Para pengulas dan penganalisis setiap kali Perhimpunan Agong Umno akan sibuk. Kesibukan mereka kerana ‘sibuk menganalisis’ isi ucapan yang tersirat oleh Presiden Umno. Analisis mereka sudah tentulah mahu mengeluarkan gagasan-gagasan idea-idea bernas yang tertunas dek pemikiran presiden parti Melayu terbesar di dunia ini.

Sibuk penganalisis adalah bagaimana ucapan Najib mahukan Budaya Politik baru dalam Umno. Bagi A Kadir Jasin yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan BH sebentar tadi dalam rancangan Bual Bicara Astro Awani membedal habis-habisan politik lama amalan pimpinan Umno terkini. Beliau menyanjungi pemikiran Dr M yang berjaya di zamannya menelurkan barisan kepimpinan negara dan Umno yang ada kini. dengan menafikan langsung peranan Pak Lah hadhari serta sedikit tidak yakin terhadap Najib.

Bayangan ketakutan di peringkat ketua-ketua bahagian Umno, mencantas pimpinan pelapis, pemuda Umno yang ‘sombong’ , tiada sikap pengorbanan kepada parti, menguasai institusi kemasyarakatan spt Guru Besar, JKKK, Ketua-ketua Jabatan, OCPD antara yang digariskan oleh A Kadir jasin yang perlu pimpinan Umno baru kuasai.

Memminta peluang dan diberi peluang, menjadi calon atau bakal bercalon menjadikan titik untuk berkhidmat, adalah cara-cara lama yang disebut oleh A kadir Jasin, melihat dan menjadikan wajah politik sebenar Umno.

Paling mengejut beliau menyatakan umno bakal mati dan nampak akan mati kini.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Oktober 2010 in PENDAPAT, POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: