RSS

Ulama muda Umno menasihati pemerintah bukan mengipasnya ????

24 Oct

Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

“Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

“Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

“Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat,” katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

“IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo,” tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

“Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

“Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam,” katanya.

 

Ini Jawapan Seorang Ulama Dalam Mempertahankan Rosmah Mansor!!

Oleh: edyesdotcom

“Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) – yang mencetuskan kontroversi – tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

“Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata,” katanya. Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang. Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. “Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.
Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang,” kata Fahtul Bari. “Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar).”
Cuba fikir baik-baik, siapa yang perlu menasihati siapa dalam konteks ini? Jika kita lihat selingan video festival busana di sini, maka dapat anda lihat antara yang hadir dalam festival ini ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu suami kepada Rosmah Mansur yang menjadi penaung festival tersebut. Jadi bukankah sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai suami, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk memberi nasihat atau berbuat sesuatu agar kesucian Islam tidak dikaitkan dalam festival yang menghina nama Muhammad S.A.W.
Ulamak muda UMNO mengatakan pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu festival busana ini, tetapi sedarkah wahai ulamak najis babi (gelaran yang diberikan oleh Pak Bakaq) bahawa festival itu bukan sahaja menghina Islam dengan pakaian-pakaian mendedahkan pangkal dada, bukan sahaja boleh memesongkan akidah anak muda-mudi Islam apabila menganggap pakaian-pakaian menonjol yang ditonjolkan itu adalah trend yang dibenarkan dalam Islam, festival itu telah menghina junjungan besar Nabi Muhammad dengan menterbalikkan lambang nama Rasulullah SAW.
Masih kita ingat suatu ketika dahulu, seorang blogger telah ditangkap kerana kesalahan menterbalikkan bendera Malaysia. Hari ini, Rosmah mansur juga harus didakwa kerana menjadi penaung kepada Festival yang berkemungkinan dengan niat menjatuhkan maruah Islam apabila tulisan khat yang menjadi lambang nama Muhammad SAW diterbalikkan. Penganjur dan penaung harus sekurang-kurangnya memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran jahat ini.
Menjawab persoalan di antara tanggungjawab penganjur dan penaung, siapa yang lebih harus dipersalahkan? Saya mengambil jawapan yang paling tepat dari laman Pak Bakaq si penarik beca;
Saya teringat apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).
Oleh demikian, tidak kiralah samada Rosmah itu penaung atau penganjur, adalah jelas penglibatan Rosmah dalam program mewah yang secara terus menghina Islam dan Rasullullah SAW itu sendiri harus dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab. Apatah lagi suaminya berada bersama ketika majlis ini berlangsung.
Justeru, saya ingin menasihati Ulama muda UMNO supaya tidak menjual nama baik Islam demi untuk sebuah kehidupan sementara di dunia ini. Kamu sebagai Ulama muda telah mengeluarkan kata-kata yang mengundang cacian terhadap diri sendiri dan sesungguhnya masih ada ruang untuk kesalahan itu diperbetulkan, berbanding mempertahankan yang bathil !

Ularmak Muda Dalam Umno Mula Terpalit `Najis’ Dalam `Tong Najis’

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pembangkang terutamanya PAS yang kena belasah oleh `Ularmak Muda’ Umno apabila PAS mengkritik dan menentang penganjuran `Festival Busana Islam’ (IFF) yang melibatkan bini Najib si Rosmah. Seperti yang kita jangkakan, `ularmak’ Umno ini menyalahkan PAS kerana `tidak tarik tangan’ si Rosmah dan `menasihat’ beliau. Itulah yang Islam ajar, kata si `ularmak’ ini. Baca sini.

Bukan salah si Rosmah, katanya. Si Rosmah hanya `Penaung’, yang salah `Penganjur’. Lihatlah betapa `ularmak’ ini mempertahankan si Rosmah. Beliau mengaku tidak bersetuju penganjuran itu dikaitkan dengan Islam, tetapi untuk menunjukkan `ularmak’ ini tidak bersetuju, maka disebutlah sang Rosmah `tidak bersalah’ kerana dia hanya `Penaung’. Jika begitu hukumnya, bolehlah kita menjadi `Penaung’ syarikat Judi, kilang arak dan pelacuran kot.

`Ularmak’ muda yang duduk dalam `tong najis’ cuba untuk mencuci najis di dalam tong berkenaan. Awal mula kita sudah lihat bagaimana najis terpalit di sebahagian tubuhnya. Pecayalah, tidak lama lagi seluruh tubuh si `ularmak’ ini dipenuhi najis. Siapa di antara mereka sekarang sedang `menarik tangan’ si Rosmah dan memberikan nasihat umpama si bapa beri nasihat kepada anak yang belum `mumayyiz’. Cubalah, jika ada keberanian `ularmak’ itu untuk mendekati Rosmah, jauh sekali untuk menasihatinya.

Pendekatan PAS waktu ini amat lembut untuk menegur bini Najib yang semakin jauh terpesong itu. Cara demontrasi aman dan menghantar memorandum itu kasar sangatkah? Mana lebih kasar dengan semburan air kimia atau belantan di kepala oleh FRU? Beranikah `ularmak’ ini memberi jaminan bahawa Rosmah bersedia untuk menerima tazkirah dari PAS tentang isu ini? Jika ada jaminan, saya percaya PAS sanggup bersemuka dengan Rosmah malahan lakinya Najib itu. Kalau `ularmak’ dalam Umno itu pun tidak dapat mendekati Rosmah dan menasihatinya, masakan PAS dapat berbuat demikian. Jika `ularmak’ muda itu sudah pun berjumpa Rosmah, mengapa Rosmah tidak mematuhi nasihat dari `ularmak’ muda itu?

Nampaknya memang jelas, tepat seperti yang kita jangkakan bahawa kehadiran `ularmak’ muda di dalam Umno hanyalah untuk mempertahankan sang Rosmah. Di dalam perhimpunan Umno di PWTC, di depan Najib, mereka mempertahankan Rosmah. Oleh itu, apa lagi ahli-ahli Umno mahu tunggu? Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela Islam di dalam Umno? Jika mereka benar-benar cintakan Islam, mereka wajib keluar dari Umno sertamerta./wfauzdin.blogspot.com

 

Kenyataan balas kepada Ulama’ Muda Umno
Oleh Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan

Islamic Fashion Show telah menimbulkan dan meledakkan kemarahan ummat Islam dalam Negara kita. Isu ini dibesarkan lagi bilamana diketahui bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur adalah penaung kepada festival tersebut.

Tambah menariknya bila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib sendiri yang hadir ke majlis berkenaan.

Beberapa siri bantahan dibuat oleh NGO, parti politik, dan orang ramai berkaitan isu ini. Mahsiswa juga tidak ketinggalan, namun amat mendukacitakan bila pihak polis mengambil tindakan awal untuk menghalang bantahan diperingkat mahasiswa yang diadakan semalan, bertempat di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur. Bilangan pihak polis cukup ramai seolah-olah kami ingin membuat rusuhan dikawasan masjid. Kenapa pihak polis dilibatkan dalam isu ini?

Mahasiswa cukup terkilan dengan hujah dangkal seorang ulama’ muda UMNO yang mempertahnkan rosmah dalam isu IFF ini. Hujah yang diberikan ialah Rosmah hanya penaung, bukan penganjur. Kalau orang kampung baca kenyataan ini pun cukup lucu kerana penaung kepada sesuatu program itu merupakan orang kuat yang menyokong dan membantu penganjuran majlis berkenaan. Tambahan pula yang hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia yang kononnya boleh menjadi penasihat kepada Barack Obama dalam isu islamophobia.

Selain itu, disebutkan juga ialah soal adab menegur pemimpin. Saya nak Tanya Ulama’ muda UMNO ini, Rosmah Mansur ni pemimpin ke? Sejak bila rakyat memilih dia menjadi pemimpin dalam system demokrasi? Apa jawatan dia? Sesungguhnya dia bukanlah pemimpin kami dan mahasiswa tidak pernah mengiktiraf dia sebagai fist lady mahupun apajua pengiktirafan selain hanya seorang isteri kepada perdana menteri.

GAMIS berharap agar ulama’ muda ini berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan yang hanya menyerlahkan budaya politik ampu yang ada dalam UMNO. Ulama’ muda ini perlu selari dengan hasrat presiden UMNO yang inginkan budaya politik baru dalam parti. Kami bukan berpihak kepada mana-mana parti, namun kita menilai disiplin ilmu dan keabsahan hujah dalam menilai sesuatu isu. Renungan bersama yang kita boleh jadikan iktibar :

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur’an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu dan menjayakan lagi agenda maksiat. Maka, kehadiran, sokongan dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah. Inikan pula suatu pertunjukan fesyen yang jelas melanggar hukum Allah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W yang dicintai.
Mahasiswa hanya ingin dengar permohonan maaf daripada isteri perdana menteri secara terbuka kepada semua umat Islam dan soal taubat itu hendaklah diselesaikan dengan Allah secara terus.

Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Oktober 2010 in MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: