RSS

Melayu hanya di PWTC sahaja ?

25 Oct
Oleh; Chegu Zul

Penulis amat bersetuju dengan saranan Presiden Umno Dato Najib Tun Razak agar semua orang berhenti membahaskan hak orang Melayu. Jelas beliau Hak Melayu dan bumiputera dalah sesuatu yang ada dalam perlembagaan.

Kita juga jadi hairan, jika kerajaan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Hak Melayu kenapa dan mengapa terlalu banyak ruang dan laporan yang dibenarkan bagi pelbagai pihak membahas dan memperkatakan tentang Hak Melayu.

Selama 53 tahun merdeka sepatutnya Hak Melayu ini sudah difahami oleh yang bukan Melayu. Kenapa perlu dibangkitkan, kenapa perlu sibuk di Perkasakan. Inilah yang menunjukkan hak itu belum lagi benar-benar menjadi hak.

Jika sudah menjadi hak kenapa ada orang masih mahu mempertikaikannya. Justeru kerajaan lah yang bertanggungjawab sepenuhnya kenapa hak itu belum menjadi hak. Sehinggakan terpaksa ditubuhkan kumpulan-kumpulan tertentu yang agendanya mempertahankan hak melayu.

bagi politik orang bukan Melayu, mereka ada hak mereka. Mereka membentuk kumpulan atau persatuan bukan atas hak, tetapi atas kepentingan mereka, sebagai contoh persatuan pelajaran, sekolah, budaya , seni, keselamatan dan sebagainya. Yang mana generasi muda melihat mereka ini lebih realistik dan terkedepan. Agenda perjuangan mereka yang mereka perjuangkan itu adalah soal sampingan.

Yang jelas mereka pandai memanfaatkan peluang dan berjuang menjaga kepentingan mereka. hakikatnya walaupun dalam perlembagaan sendiri ada hak melayu, ia tidak semestinya dijaga oleh kerajaan melayu.

Inilah yang dapat dibedakan oleh NGO persatuan bukan Melayu dalam menjaga kepentingan mereka.

Setiap kali perhimpunan Melayu, inilah retorik ucapan pemimpin Melayu. Agendanya tiada tetap sama, yang menjaga hak Melayu bukanlah kerajaan Melayu lagi.

Usah bercakap soal Melayu dan hak Melayu..Kami tahu dan faham ini adalah pemimpin hipokrit Melayu. Di PWTC menjadi Melayu , malam nanti akan menjadi pak rayu dan akan merayu rayu..

Henti bahas hak Melayu – PM

Oleh RAMLI ABDUL KARIM dan ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak bersama timbalannya, Muhyiddin Yassin mengangkat tangan dengan diberi tepukan gemuruh oleh para perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Presiden UMNO, seperti yang ditegaskan beliau baru-baru ini, soal hak istimewa Melayu dan bumiputera adalah sesuatu yang telah terpateri dan terkunci kemas dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak mungkin dipinda.

“Itulah sebenarnya hakikatnya. Peruntukan-peruntukan mengenai kepentingan orang Melayu dan bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita.

“Ia tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan raja-raja Melayu dan saya tak nampak raja-raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.

“Soal Perlembagaan ini tak usah bangkit pada sesiapa lagi. Habis, tutup cerita, kita mara ke depan, orang putih kata lets move on. Tak ada apa lagi, dah… dah… dah, habis cerita, tutup buku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan ketika sesi penangguhan Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam ucapan dasar Presiden sewaktu merasmikan perhimpunan agung itu Khamis lalu, Perdana Menteri menegaskan, hak istimewa Melayu yang dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan tidak boleh digugat kerana ia tidak mungkin dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara 153 antara lain mencakupi rezab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

Dalam pada itu, Najib menyelar parti pembangkang yang memusingkan ucapan dasarnya berkaitan hak istimewa orang Melayu itu dengan kenyataan bahawa UMNO tidak perlu berkuasa kerana kononnya pihak lain pun boleh mempertahankan keistimewaan itu disebabkan ia sudah ada dalam Perlembagaan.

Menurutnya, pandangan pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana walaupun ia sudah terkunci kemas, namun kuasa politik perlu berada di tangan UMNO untuk menterjemah prinsip semangat peruntukan Perlembagaan itu.

“Kumpulan yang di sebelah sana, dia pakar pusing, orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dalam ucapan saya (ucapan dasar), saya tutup dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan (hak istimewa Melayu).

“Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kepalsuan untuk mengelirukan rakyat jelata.

“Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain (hendak pertahankan), nak kata dia (pembangkang) boleh… dulu sibuk reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi,” tegasnya.

Sementara itu, Najib pada sidang akhbar kemudian berkata, seandainya isu Perlembagaan masih dibangkitkan oleh pihak tertentu, ia akan hanya bersifat akademik.

“Ia tidak akan mengubah setitik pun. Kita memang ada undang-undang tapi kita akan tengok macam mana ia dibangkitkan, sama ada ia melanggar undang-undang atau (berbentuk) hasutan.

“Tapi, mereka patut faham kalau persoalkan, ia hanya bersifat akademik, buang masa dan `habiskan beras’ sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, parti-parti komponen BN sudah memberi persetujuan supaya perkara-perkara yang bersabit dengan Perlembagaan tidak perlu lagi dibangkitkan oleh sesiapa.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Oktober 2010 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: