RSS

PAS Masih Menyokong DAP (harbi)’?” Diturunkan.

28 Oct
Kain rentang perkauman..

GUA MUSANG 28 OKT 10: Pekerja-pekerja pilihan raya PAS dan DAP telah menurunkan sehelai kain rantang yang dijumpai pagi semalam yang tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”

Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik. Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai ‘harbi’, kerana ‘harbi’ melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

“Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adalah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah. Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung. “Umno tidak pernah berubah,” kata Tony Pua.

‘Harbi’ merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.
Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa ‘hina perjuangan Islam’. Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk “Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh”. Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi. (AK)
Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

http://www.ibnuhasyim.com/

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Oktober 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: