RSS

Tak payahlah guna raja untuk menang pilihan raya

30 Oct
http://penarikbeca.blogspot.com

Saya sangat gembira dengan berita Malaysiakini hari ini bertajuk “Pengelola: Tiada program Sultan Kelantan di Galas” (imej di sebelah ihsan Malaysiakini). Saya gembira kerana saya meluat habis dengan perbuatan guna raja untuk kepentingan parti politik. Sambil tidak menafikan raja juga ada kecenderungan politik, parti politik meminta mandat dari rakyat. Apa kena mengena dengan sokongan raja?

Cukuplah Umno yang menggunakan istana sebagai kubu terakhirnya apabila kalah dan tidak memerintah dalam sesuatu negeri. Parti-parti lain tak payahlah buat kerja bodoh tu.

Saya berkata demikian kerana di Kedah, ada dakwaan bahawa Exco tertentu ditugaskan main golf dengan sultan sebagai kerja rasmi. Setahu saya, Sultan Kedah tahu bidang tugasnya. Di samping Sultan Terengganu yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah adalah salah seorang dari tiga raja yang masih ada perasaan hormat di hati saya terhadap mereka – setakat ini. Oleh kerana Sultan Kedah tak pernah melampaui bidang tugasnya, tak payahlah nak bodek lebih-lebih sampai main golf dengan dia pun jadi tugas rasmi.

Saya teringat kata-kata Haji Mohamad Sabu, “(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) tak main golf pun semua raja takut kat dia”.

Sebagai parti yang menawarkan alternatif kepada Umno, tugas PAS ialah membuktikan kepada rakyat bahawa ia lebih baik dari Umno. Berkempenlah dengan cara yang meyakinkan rakyat bahawa Umno mempunyai penyakit yang lebih buruk dari PAS – walaupun sama-sama berpenyakit. Dengan cara itu, rakyat boleh memilih mana satu mudharat yang lebih ringan di antara PAS dan Umno.

Pandangan saya secara peribadi, PAS adalah mudharat yang lebih ringan dari Umno. Umno ni, seperti yang ditulis oleh Dr Mahathir sendiri, dah busuk hingga ke usus (rotten to the core atau dah buruk habis).

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Oktober 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: