RSS

Marah dipanggil “sakai”: Sudin seru Orang Asli Galas undi PAS

31 Oct

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Demikianlah boleh diibarat kemarahan Orang Asli gara-gara panggilan “sakai” terhadap terhadap kaum itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Serentak dengan itu, aktivis Ahli persatuan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Sudin Mahidin, menyeru supaya pengundi berketurunan Orang Asli di Galas menolak BN dan mengundi PAS sebagai satu protes simbolik.

Menurut Sudin, perkataan tersebut bagi Orang Asli amat sensitif dan menggambarkan golongan mereka paling bawah, tak pakai baju, lari kalau jumpa orang dan belum berubah.

Pesara kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di ibu pejabat Kuala Lumpur yang terkenal dengan panggilan Pak Long di kalangan rakan-rakannya itu, berkata Najib berucap demikian kepada pemimpin Umno tanpa merujuk terlebih dahulu kepada penasihatnya.

“Kami Orang Asal berasa amat aib apabila Najib menyebut tentang sakai dan jakun yang dirujuk kepada etnik kami. Mungkin beliau tidak dinasihatkan bahawa perkataan sakai itu amat sensitif iaitu membawa maksud kepada Orang Asli yang paling bawah dan tidak tahu pakai baju pun. Sedangkan pada masa Dr Mahathir (PM) dulu pun sudah dilarang menggelar kami dengan sakai.

“Sebab itu saya menyeru suku Temiar yang berada di Gua Musang supaya menolak BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas ini bagi mengajar mereka. Bukan itu saja, selama ini kita sudah kama dipermainkan. Sudah banyak tanah Orang Asli di seluruh negara yang sudah diambil oleh agensi-agensi pembangunan,” katanya ketika ditemui semasa meraikan kedatangan calon Timbalan Presiden PKR Zaid Ibrahim di Temerloh baru-baru ini.

Dalam PRK Galas, terdapat 11 peratus pengundi Orang Asli daripada 11,553 keseluruhannya.

Sudin yang berasal dari Kampung Wawah, Chini, Pekan memberitahu, JOAS juga tidak berpuas hati dengan keengganan kerajaan meminda Akta Orang Asli dalam perlembagaan negara.

Sehubungan itu, tambah Sudin, beberapa persatuan Orang Asli juga sedang merancang untuk mengheret kerajaan ke mahkamah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Oktober 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: