RSS

Polis perlu siasat tangkapan adik perempuan Teoh dengan adil- Dr Zul

31 Oct

GUA MUSANG, 31 Oktober – Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed melahirkan rasa simpati kepada adik perempuan mendiang Teoh Beng Hock, iaitu Teoh Lee Lan yang ditahan pada petang tadi.

Ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Gua Musang petang tadi, beliau meminta agar pihak polis menjalankan siasatan dengan teliti terhadap kes tersebut.

“Saya percaya pihak polis akan menjalankan siasatan dengan seadil-adilnya,” ujar beliau ketika mengulas perkara tersebut.

Pada masa yang sama, Zulkifli turut meletakkan harapan agar pasukan peguam yang dilantik dapat membantu membebaskan mangsa dengan kadar yang segera.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada keluarga mangsa.

“Pakatan Rakyat sentiasa memantau masalah keluarga mendiang teoh dan menghulurkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Teoh Lee Lan telah ditahan bersama-sama dengan anggota “Malaysians for Beng Hock” oleh pihak polis di sini dan kesemua mereka telah dibawa ke IPD Gua Musang sekitar jam 2.20 petang.

Menurut penyelaras kumpulan ini, Chong Kok Siong, mereka telah tiba sejak semalam lagi bagi “mencari keadilan” untuk mendiang Teoh.

Mereka ditahan di tepi jalan ketika sedang berjalan menuju ke kereta sambil membawa risalah tentang kes kematian dalam tahanan.

“Lapan daripada kami diminta menyerahkan kad pengenalan kepada kumpulan 10 anggota polis, empat daripada kami membawa
risalah sambil berjalan menuju ke kereta di Kampung Baru,” tambah beliau.

“Polis berpakaian biasa menyekat kami; dia kata, isu (kematian dalam) tahanan akan menjejaskan keselamatan, tidak boleh disuarakan secara terbuka.

“Tetapi, saya beritahu, angka (kematian) ini daripada Hisham (Menteri Dalam Negeri Hishammmuddin Hussein) di Parlimen, malah akhbar melaporkannya.

“Saya cabar dia, ‘kalau kami betul, tangkaplah kami’,” kata aktivis sosial itu.

Mengulas tentang isu ini, Supt. Maszely yang mengetuai penahanan kumpulan tersebut memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa mereka telah menjalankan aktiviti kempen.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Oktober 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: