RSS

Berapa harga Terompah Kayu ini?.

02 Nov

oleh: http://www.tranungkite.net/v11/

Apa yang peliknya? Itulah tugas sebenar mereka.

Tiada apa yang hendak di hairankan apabila Fathul Bari serta AJKnya dalam “Ulamak” Muda UMNO(ILMI) menempelak pelbagai pihak yang menentang perancangan PMNajib melalui Program Tranformasi Ekonomi(ETP) untuk “mengimarah”kan Malaysia sebagai Pusat Hub Hiburan Malam bagi memacu industri pelancong.

Jika kes Rosmah menghina nama Nabi dalam Festival di Montel Carlo pun dibela Fathul Bari, inikan lagi projek impian PMNajib.
Nampaknya belum lagi tangan Rosmah “ditarik” Fathul untuk dinasihati tiba-tiba Najib pula buat hal dan Fathul kena tarik tangan Najib pula.
Wow hebatnya Fathul nak tarik tangan Najib dan Rosmah buat sesi kaunseling tentang besar dosanya menghina Nabi, buka aurat dan buka Kelab Malam. Mesti Najib dan Rosmah “giler-giler” taubat!

Sedihnya nasib Fathul Bari, Fadlan Othman dan ILMI. Belajar agama jauh-jauh. Bertahun-tahun. Mengaji pula di bumi Madinah, bumi Rasulullah. Bergurukan guru yang Mursyid. Tapi akhirnya jadi Terompah Kayu. Ingatkan jadi seperti Imam Ahmad, Imam Hanbal, Imam Ibnu Taimiyah yang sanggup dipenjarakan oleh pemerintah demi menegakkan kebenaran dan menegur kezaliman Sang Penguasa.

Malangnya mereka sanggup jadi Terompah Kayu yang sedia digunakan oleh Sang Penguasa ke mana sahaja terutama ke tandas. Tempat yang sesuai untuk Terompah Kayu ialah tandas. Bunyi sahaja kuat tetapi destinasi yang sesuai buatnya adalah tandas.

Lihatlah di mana PMNajib sambut kemasukan Fathul dan rakan-rakanya masuk UMNO. Sekadar kaki lima Pejabat UMNO. Itupun kebetulan Najib ada mesyuarat MT Umno.

Barangkali jika Imam Ibnu Taimiyyah dan Imam Muhammad Abdul Wahab hidup, gelaran apa buat mereka semua? Pembawa bidaah yang sesat lagi menyesatkan!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 November 2010 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: