RSS

‘IC Khas’ ganti pengundi yang tidak keluar

03 Nov

GUA MUSANG, 3 Nov – Kad Pengenalan khas dijangka beredar secara berleluasa pada hari mengundi esok bagi menggantikan mana-mana individu yang dikenal pasti tidak keluar mengundi.

Difahamkan kira-kira 500 kad pengenalan disediakan kepada orang yang akan keluar mengundi bagi menggantikan pemilih yang didapati tidak berminat keluar membuang undi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman berkata,kad pengenalan khas tersebut  dipungut daripada orang yang tidak mahu keluar mengundi.

“Kita menjangka serangan-serangan lebih hebat bermula malam ini. Dengan adanya usaha-usaha yang dibuat oleh pihak tertentu (sindiket) untuk membuat kad pengenalan khas bagi mengganti  pemilih yang tidak keluar mengundi,” katanya pada persidangan media semalam.

Kad pengenalan juga difahamkan sebelum ini dipungut sindiket tertentu daripada pemilih berdaftar di Dun Galas.

Difahamkan projek kad pengenalan khas itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara.

Sumber memberitahu mereka yang ditetapkan datang membuang undi dikatakan dari Felda di Pahang dan Johor.

“Mereka akan dibawa ke tempat mengundi pada sebelah petang dengan kawalan agensi lain kerajaan termasuk pasukan keselamatan,” kata sumber terbabit.

Oleh itu Abdul Halim berkata, bahagian keselamatan PAS diletak dalam keadaan berjaga-jaga terhadap tindakan pihak terbabit yang dijangka datang ke kawasan pengundian pada malam hari.

“Kami juga yakin senjata kewangan akan digunakan sepenuhnya Umno-BN dengan membeli penyokong PAS dan mereka yang berada di atas pagar,” katanya.

Abdul Halim yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa berkata, strategi saat-saat akhir itu menjadi taktik popular yang biasa digunakan pihak lawan memandangkan kempen Umno-BN agak sejuk sedikit.

“Namun PAS akan terus memantau pergerakan mereka dengan kelengkapan canggih seperti penggunaan kamera dan video,” katanya.

Menurutnya tumpuan kempen jentera BN dan Umno sekarang terhadap penyokong PAS kelas C dan golongan atas pagar dengan mengumpankan sogokan wang ringgit dan barangan.

Abdul Halim juga berkata, sebagai pengarah pilihan raya BN Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah cuba mempertahankan maruahnya di Gua Musang dan tidak mahu banyak bergantung kepada Umno pusat.

Sumber Umno pula memberitahu bekalan duit yang sepatutnya dilaburkan semasa pilihan raya difahamkan belum beredar di kalangan petugas parti.

“Keadaan itu menyebabkan ramai tenaga kempen Umno dan BN jarang kelihatan bersama akar umbi kerana duit tidak sampai ke bawah,” ujarnya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 November 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: