RSS

Masih adakah yang percaya Zulkifli Noordin?

03 Nov
http://www.selamatkanpahang.blogspot.com/

Dulu-dulunya , saya amat mengkagumi peguam Zulkifli Noordin yang pada masa itu begitu terkehadapan membicarakan kisah orang Islam yang murdad. Beliau juga amat menonjol menentang kumpulan fahaman-fahaman yang ingin memusnahkan Islam seperti Sisters-in-Islam (SIS), Islam Liberal dan sebagainya.

Pendek kata, ketika itu beliau dianggap pejuan Islam popular selepas Ustaz Kamal Ashaari yang pernah kontroversi dengan isu ‘mayat bertukar menjadi babi’.

Saya menyanjung Zulkifli dan sebagai ‘orang Penerangan’ pada masa itu, pernah mengatur untuknya berceramah di negeri Pahang, walaupun jarang-jarang.

Pada satu ketika, sahabat saya yang juga seorang peguam iaitu Abdullah Abdul Karim (yang kini berada di luar negara) memberitahu saya jangan percaya sangat dengan Zul itu kerana beliau seorang penipu!

Pada mulanya berat juga untuk saya percaya orang seperti Zul yang berperwatakan warak itu untuk saya tidak mempercayainya. Tetapi oleh kerana Abdullah memberikan beberapa bukti dan sudah dimaklumi oleh warga peguam mengenai tabiat buruknya, maka barulah saya faham kenapa mereka mengatakan Zul ini seorang penipu. Zul juga, kata Abdullah, sukakan glamour termasuk dengan mencipta kontroversi.

Zul pada mulanya seorang ahli PAS dan kalau tidak silap pernah menjawat YDP PAS Bandar Tun Razak. Nama beliau melonjak ketika menjadi salah seorang peguam pembela kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kemudia bernasib baik apabila dipilih oleh PKR untuk bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan dengan takdir Allah kerana gelombang pada masa itu, beliau menang dan layak ke Dewan Rakyat. Bagaimanapun kemenangannya dicabar oleh lawannya dari Umno Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Tetapi atas sebab-sebab yang barangkali ada orang yang tahu, Abdul Aziz menarik balik cabarannya dari mahkamah.

Barangkali kerana tidak boleh menyembunyikan sifat sebenarnya yang penipu, beliau kemudian melompat keluar, atau dipecat daripada PKR lalu bertindak menyokong BN.

Beliau dipecat kerana sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak senonoh termasuk mengkritik pimpinan secara membuta tuli atau mengada-ngadakan cerita yang berunsur memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR) tanpa mengambil kira sensitiviti dan setiakawan dalam tahalluf siasi.

Tapi melalui seorang kawan lawyer yang lain pula, Zul ini dikatakan sudahpun mengisi borang Umno atas sebab-sebab tertentu tetapi tidak bertarikh, juga atas sebab-sebab tertentu. Kalau benar kata rakan akrab saya itu, benarlah, sebaliknya kalau dia bohong maka bohonglah.

Tapi itulah Zulkifli Noordin.

Pada Khamis lepas, ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Zul mengada-adakan cerita lagi dengan mendedahkan kononnya wujud perjanjian rahsia antara PKR dan DAP yang tidak diketahui PAS.

Beliau mendakwa melalui perjanjian tersebut, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang, sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan, selain wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri yang dimenangi parti itu.

Zul berkata bagi menjayakan rancangan itu, DAP akan meletakkan calon Melayu, terutama di Negeri Sembilan dan Perak, untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Memang kenyataannya itu mendapat liputan dan laporan luar biasa media-media Umno.

Namun seperti yang saya katakan tadi, Zul ini sukakan kontroversi dan glamour, maka terserahlah kepada semua untuk menilainya.

Sudah tentulah Zul berharap supaya banyak pihak yang terkejut dan melatah terutama PAS sendiri. Tetapi bagi saya PAS lebih mengenal antara PKR, DAP dan Zul sendiri. PAS sudah amat bijak menilai ketiga pihak ini.

Barangkali tidak mustahil ada yang terkejut mendengar ‘pendedahan sensasi’ Zul itu. Pihak itu ialah Umno. Maka layaklah jika Umno mempercayai Zul!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 November 2010 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: