RSS

BN Menang bergaya

04 Nov

Calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi,

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.

BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi.

Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi.

Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi.

Umno bayar RM1,000 pengundi atas pagar?

GUA MUSANG, 4 Nov: Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi  atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi. 

 

Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.

Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.

“Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan ‘turun’ di Unit Peti Undi Batu Papan.

Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam.

 

Agen Umno ketuk rumah penduduk jam 3 pagi

Wartawan Kita
GUA MUSANG, 4 Nov: Pengundi di Dun Galas awal malam tadi dikejutkan dengan kedatangan agen-agen yang dipercayai Umno membawa bungkusan makanan dan wang ketika mereka sedang enak tidur. 

 

Seorang penduduk di RPT Sungai Terah memberitahu kumpulan agen Umno datang membawa makanan dengan mengetuk pintu rumah penduduk antara jam 2 hingga 3 pagi.

Katanya bungkusan makanan itu dibawa dengan kenderaan dan diedar ke rumah-rumah setiap penduduk ketika mereka sedang tidur.

“Saya terkejut dengan bunyi bising yang berlaku. Apabila mengintai dari tingkat dilihat beberapa petugas membawa bungkusan makanan turun naik ke rumah penduduk.

“Tetapi mereka tidak datang ke rumah saya, cuma pergi ke rumah jiran-jiran saya,” katanya ketika ditemui selepas beliau bersama suami membuang undi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mohamad Fa-iz Petra di sini, pagi tadi.

Seorang penduduk Cina di Kampung Baharu juga memberitahu ada agen yang membawa  bungkusan makanan menemui penduduk sekitar jam 3 pagi tadi.

Katanya, kehadiran agen itu tidak dijangka memandangkan  ramai petugas PAS dan Pakatan Rakyat sudah tidur.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tidak ada petugas kita yang dapat memantau pergerakan agen Umno membawa makanan ke rumah penduduk ketika awal pagi,” katanya.

Malfrel bantah

Sementara itu, jurucakap Mafrel berkata pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak mengamalkan kaedah biasa membilang undi di tempat mengundi membabitkan pusat mengundi Orang Asal sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Beliau berkata, sepatutnya pembilangan undi dilakukan di tempat mengundi terlebih dahulu sebelum dibawa ke tempat penjumlahan di Pusat Sivik, Gua Musang menggunakan perkhidmatan helikopter.

“Peraturan dibuat SPR itu boleh mendedahkan kepada penyelewengan kerana undi belum dikira ketika dibawa ke tempat penjumlahan.

“Kami akan menghantar nota  bantahan kerana peraturan tersebut boleh mengundangkan ruang penyelewengan memandangkan tiada wakil –wakil dari parti yang bertanding ketika peti dibawa ke pusat penjumlahan di Dewan Sivik,” katanya ketika ditemui di sini.

Sukarelawan Mafrel diketuai Dr Abdul Halim Yusof memantau pilihan raya tersebut biar pun kurang mendapat kerjasama SPR.

Semalam PAS menghantar memorandum bantahan terhadap SPR kerana mahu membilangkan undi terlebih dahulu di tempat pengundian sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Di mana Ku Li?

Sepanjang kempen sehingga tengahari ini bilangan petugas dan perayu PAS jauh mengatasi kehadiran perayu undi BN.

Malah di daerah mengundi Sungai Terah hanya kelihatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Adun Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid dan beberapa penyokong Umno dari Jeli. Turut kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Namun media tidak dapat mengesan di manakah pengarah jentera BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sedangkan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,  Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Keadilan, Tian Chua.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: