RSS

Galas, proses pengundian bermula

04 Nov

GALAS, 4 Nov – Bermula jam 8 pagi tadi, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Galas bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka. Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini.

Dalam pilihanraya kali ini, terdapat 10,330 jumlah pengundi dengan pecahan undi dari Melayu 65.81%, Cina 22.03%, India 1.81% dan 10.32% lain-lain.

Kerusi DUN Galas kosong selepas penyandangnya YB Che Hashim Sulaima yang mewakili PAS meninggal dunia 27 September lalu. Almarhum adalah wakil rakyat kali pertama dari PAS menenangi pilihan raya umum 2008 di dun itu.

Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba jam 8 pagi tadi di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra. Calon turut diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Masa pengundian bermula jam 8 hingga 5 petang nanti. Pengiraan undi pula akan dimulakan 6.30 petang dan keputusan dijangka dapat diketahui seawal jam 9 malam nanti.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: