RSS

Galas dan Batu Sapi : Petanda atau petaka ?

05 Nov
Oleh : Chegu Zul

Kemenangan berganda BN, Bn PR 2-0, Kemenangan Bn Petanda Sokongan Rakyat Kembali adalah antara beberapa tajuk berita yang terpampang di dada-dada akhbar berbahasa Melayu.

1001 hamburan pujian diberikan oleh para pengulas dan penganalisis bilik berita media perdana berbahasa Melayu kepada kempimpinan Najib 1Malaysia.

Apa pun kemenangan Bn ini memberi petanda stamina kepada Najib 1Malaysia untuk mengerakkan jentera Umno Bn bagi mengagenda PRU13 dalam waktu terdekat berdasarkan petunjuk ini.

Berkebetulan Allah macam memberi tanda satu prk di Semenanjung Malaysia dan 1 lagi di sebelah Malaysia Timur dalam masa yang sama

Bagi kita rakyat termakan dengan retorik pembangunan, retorik Bn sahaja yang mampu memerintah, Bn sahaja yang tidak menipu rakyat, dan bermacam-macam kebaikan Bn yang masuk ke dalam kotak fikiran mereka.

Penjajahan minda dan karatnya pemikiran para pengundi primitif yang bergantung harap kepada Bn memberi kemenangan selesa untuk Bn kekal pada PRU 13 nanti.

Maka jalan ke Putrajaya terhalang dan dibantutkan, makna kemusnahan dan keperitan hidup rakyat akan berganda. Beban hutang negara meningkat, masalah keboborokan sosial semakin parah dan membarah, pembaziran dan ketirisan berlipatkaliganda, kerakusan perancangan demi pembangunan bakal mewarni persada kehidupan rakyat tanpa halangan.

Inilah barisan deretan kebimbangan kita bagi rakyat marhein yang mahukan sedikit pembelaan bagi kelangsungan kehidupan generasi masa depan anak cucu kita, sebelum bumi kita dan bumi Allah ini dikiamatkan.

Justeru kehidupan mesti diteruskan, putus harap bukan sifat dan sikap orang mukmin.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: