RSS

Syukur PM ingat mati

05 Nov
http://kuberharap.blogspot.com/

Projek tanah kubur menandakan PM kita ingat pada mati

Dato’Seri Anwar Ibrahim ,Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat mendedahkan terdapat satu projek baru BN yang dinamakan Pusara Negara menelan belanja RM 70 juta. ”Ada projek baru namanya Pusara Negara,500 buah lubang kubur disediakan,250 buah lubang kubur untuk pembesar-pembesar VIP muslim dan 250 buah lubang kubur lagi untuk pembesar VIP bukan Muslim.

“Lokasinya di sebelah Tugu Negara.Jumlah peruntukan kos pusara Negara untuk pembesar-pembesar ini adalah RM7O juta.

“Dia(pemimpin Umno)hidup pun dia ambil wang rakyat,dia mati pun dia hendak ambil wang kita lagi,”jelasnya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada ceramah Perdana semperna 20 tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam berhampiran Masjid Tengku Faiz Petra,Gua Musang 21 Oktober 2010.

Menurutnya usalah membazirkan wang rakyat kerana urusan kematian ditentukan oleh Allah SWT yang tidak diketahui bila dan di mana.”Maknanya ,satu orang pembesar VIP mati harga kuburnya sahaja dan belum harga yang lain adalah RM140,000.00 seorang.Ini pemimpin berjiwa rakyat.

“Mati tanamlahlah di mana pun dan belum tentu seorang(pembesar Umno-Bn)itu mati di Malaysia.Mungkin matinya di Zimbabwe atau mungkin mati di Mongolia.

“Saya pun tidak tahu di mana hendak mati tapi ada seorang berdoa mati di Makkah.Jika macam ini biarlah mati di luar sebab ‘mahal mati di Malaysia ini,”ujarnya dengan berseloroh.

Anwar menjelaskan kos membangunkan masjid dan surau-surau di seluruh Negara di bawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri hanya sebanyak RM14.3 juata sahaja.

Sumber:Harakah 17-20 Zulkaedah 1431

Sepatutnya peruntukan mega untuk tanah kubur itu lebih baik buat memperkasakan lagi ilmu dakwah untuk pemimpin-pemimpin umno supaya negara kita menjadi negara islam sebenar sebagaimana dicanangkan oleh ulama Pas.Amal ibadat yang kita nak bawa bukan kemegahan tanah kubur.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: