RSS

Penarikbeca menajam pena, hentak PAS: PAS, please dont tag along idiotically

09 Nov
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Penarik Beca menulis agak menusuk juga dalam postingnya. Mengulas tentang kekalahan PAS di galas >> Dalam postingnya bertajuk “Setelah Galas, jangan malas,” Dato’ Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan: Maka persoalan yang harus di pertimbangkan oleh Mustapha ialah adakah puak Umno sanggup mengulangi cara kempen di Galas? Apakah cara kempennya? Cara yang lebih subdued dan muted.

Bernama pula melaporkan, strategi kempen oleh Tengku Razaleigh berjaya mengelak bandar Gua Musang dilanda kesesakan lalu lintas atau “jerit pekik” penceramah pada waktu malam (lihat mStar 29/10/11 “Penduduk suka kempen bersemuka di Galas”).

Sambil menghormati dan mengakui kejayaan strategi Ku Li itu, saya bimbang selepas ini pakar-pakar strategi yang tidak strategik serta pakar-pakar taktik yang tidak taktikal di dalam PAS akan menjadi ghairah terlampau untuk mempamerkan kehebatan taktik dan strategi mereka lalu mencadangkan supaya parti itu meniru secara bongok apa yang dilakukan oleh Ku Li.

“Ana nampak tak kena dah cara kita sekarang. Ceramah-ceramah ni tak ada kesan. Betul dia orang kata, bising tengah-tengah malam, jalan sesak… Ana nampak apa yang Ku Li buat di Galas lebih berkesan”.

Adoi la! Bimbang sungguh aku kalau ada Mamat tongong yang cakap macam tu dan ketongongan itu pula dianggukkan dengan penuh bangang oleh kawan-kawannya.

Assalamu’alaikum ya akhi mukhtaram! Umno dan Barisan Nasional (BN) memang tak payah buat ceramah sebab depa hari-hari ceramah dalam rumah hampir semua pengundi. TV hari-hari ceramah (kesian orang yang bayar kat Awani untuk dipropaganda dan dibiulkan supaya menyokong BN), radio hari-hari ceramah, Utusan Malaysia, Berita Harian, apa menatang surat khabar harian pun hari-hari berkempen untuk BN.

Jangankan semua itu. Dalam blog cikai aku ni pun puak-puak Umno dok berkempen sakan dalam ruangan komen. Dulu aku pernah tekan reject sebab aku fikir hampa dah ada segala macam media dah, takkan dalam blog cikai ni pun hampa nak menyalak jugak. Tapi fikir-fikir, lantak pi lah. Yang saya click spam la ni hanyalah komen-komen yang membusukkan nama Islam yang ditulis oleh orang Islam sendiri.

Yang saya nak habaqnya, Umno BN terlalu mewah dengan pelbagai media. Buat ceramah pun buat rugi bateri ja, orang bukan datang sangat pun. Bila ceramah Umno orang tak ramai, puak-puak pembangkang pun mengejek-ejek. Tengok-tengok bila keluar keputusan, BN menang. Ambik habuan!

Ketika ceramah tetap menjadi medium pembangkang untuk membina mood rakyat, ketika pembangkang tidak mewah dengan pelbagai media, bayangkan jika tiba-tiba pakar strategi PAS mahu menjadi kucing peniru kepada apa yang dilakukan oleh Ku Li itu. Saya teringat ayat yang ditulis oleh A Voice – Dumb PAS are just tagging along idiotically.

Saya dah tak larat nak tengok para pemimpin PAS tak serik-serik menjadi tukang mengekor. Di Kuala Lumpur, Presiden PAS dan beberapa tukang kipasnya mengekori ajaran sesat bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar. Khabarnya sampai sekarang (itu fitnah ~penarik beca!) Di Ipoh dahulu, Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tak puas-puas menjadi pak yet Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming sehingga memaksa saya menulis apa yang saya tulis sebagai “Perjanjian Pangkor II”.

Sudah-sudahlah menjadi pak yet orang! Sudah sampai masanya para pemimpin PAS memikirkan apakah X Factor yang boleh membina mood dan sentimen umum untuk menolak Umno BN. X Factor yang baru amat diperlukan. Mengulang-ulang X Factor yang lama seperti percubaan untuk mewujudkan Bersih II tidak akan menarik perhatian rakyat.

Sambil mengakui kehebatan jentera amat diperlukan (saya difahamkan jentera pilihan raya PAS yang paling strategik dan efficient selepas pilihan raya umum 2008 ialah jentera dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu – ia patut diulangi), pembinaan mood dan sentimen rakyat amat penting. Tanpa mood dan sentimen yang digelombangkan seperti tahun 1990, 1999 dan 2008, PAS akan tertungging hangit seperti kecundangnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Cik Gu Mohd Zain Abdullah di Bachok pada pilihan raya umum 1986 . – Penarikbeca

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 November 2010 in PRK GALAS, PRK SIBU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: