RSS

Umnolah punca bangsa Melayu dihina sekarang!

11 Nov

Sambutan Perayaan Deepavali

Umnolah yang menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Umno, Dato’ Zahid Hamidi kepada media.

PAS cuba memberi jawapan kepada Zahid yang tercari-cari punca mengapa hak orang Melayu sering dipertikaikan di buminya  sendiri. Zahid cuba membentuk persepsi orang Melayu kononnya mereka dalam keadaan terancam, dengan harapan mereka akan menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kata Ustaz Idris, ini taktik lama Umno untuk memulihkan tenaga yang semakin lemah dan tidak berpengaruh lagi. Strategi ini adalah seperti kata pepatah Arab “Dia pukul orang, dia mengadu bahawa orang lain pukul dia; dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”, ujarnya lagi

Hakikatnya, tegas beliau, Umnolah yang menyebabkan bangsa Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik, sehingga mengakibatkan politik dendam yang berlubuk di dalam hati pemimpin parti Melayu itu lebih mengutamakan Umno-Putera, sekaligus Melayu jadi bangsa yang merempat di bumi sendiri.

Jelasnya, Umno cuba memutar-belitkan sejarah di Pulau Pinang kononnya Melayu terpinggir sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, walhal Umno-Gerakan lah yang memerintah negeri itu hampir 51 tahun lamanya, sehingga menyebabkan Melayu merempat.

“Zahid cuba nak salahkan Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.

“Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal,” tegas beliau.

Ustaz Idris mendakwa, pemimpin Umno sepatutnya malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri.

“Ke mana pergi nilai saham khas Bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Ke manakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957? Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar,” soal beliau.

Katanya, Umno sebenarnya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ia ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing.

“Sudah sampai masanya Umno berundur dan orang Melayu pula meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno yang nazak,” pintanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 November 2010 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: