RSS

Dato` Zaid, Bisu Sajalah Mulut!

16 Nov

Oleh Hj Azizi Hj Abdullah

Secara peribadi saya rasa bukan saya seorang yang meluat dengan perangai Zaid Ibrahim. Zaid sepatutnya tidak jadi Zaid sekarang. Zaid sepatutnya jadi seperti Zaid ketika dia diserang sewaktu menjadi calon PKR di Ulu Selangor dulu, yang penuh sopan, tawaduk, rendah diri sehingga ketika itu nama Zaid melonjak dan dihormati.

Dengan ketawadukannya ketika itu Zaid dapat mententeramkan dirinya sendiri dan PKR, penyokong, walaupun isu beliau dengan arak sebelumnya tersangat berat hendak ditangkis

Sayang Zaid bertukar hanya kerana kononnya ‘prinsip.’

Saya tertanya-tanya perangai yang sebegini datangnya dari mana? Untuk apa seseorang masuk sesuatu parti politik kemudiannya apabila secara prinsip tidak setuju, dijadikan parti politik dan pemimpin sebagai tempat hentam dan perlekeh.

Prinsip bukan tempikan dan bercakap, tapi sikap!

Dalam Malaysia orang politik seperti ini ada dua tapi berlainan cara dan berlainan sebab. Pertama YB Zulkifli Nordin yang terumbang ambing kritikannya seperti mencari tapak baru tapi takut dibayangi ‘ hantu ’ politik itu sendiri. Manakala Zaid menganggap semua hal, semua perkara, semua benda, semua dasar dalam politik yang diceburinya, beliau sahaja yang betul.

Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain. Sebenarnya Umno dan dasarnya tidak mengajar begitu, tetapi budaya ahlinya itulah yang menjadikan seseorang yang lompat keluar dari Umno selalu ada kerak daki keUmnoannya, sedangkan dasar parti Umno tidak menyuruh begitu.

PKR bukanlah parti yang semua betul dan baik. Tapi Zaid menghentam PKR telah membuka ruang orang berfikir siapa Zaid yang sebenarnya dan ruang fikiran itu tidak menyebelahi Zaid.

Bagi Zaid jika semua betul dalam PKR, pada Zaid ada yang tak betul sehinggalah beliau berada di atas untuk memberitahu, inilah yang betul.

Zaid yang belum berhenti menyerang kepimpinan PKR dan orang-orang ‘khusus’ kelihatan seperti orang yang memukul dan mencakar dada kerana marah sedangkan kesan cakar dan tumbukan itu ke dadanya sendiri.
Yang terbaik bagi PKR ialah tidak menyambut tepukan dan cakaran itu. Ketua Umumnya bersikap seperti tidak dengar apa pun. Diharap sehingga Zaid keluar dari PKR nanti seperti yang diakui dalam Malayskini 15 Nov 2010, PKR tidak akan meratap berhiba sebaliknya buatlah kenduri pulut kuning dengan sepanduk ‘Sayonara.’

Mustahil Zaid akan bersama DAP tetapi kemungkinan bersama Pas jika Zaid masih ingin bermain politik berprinsipnya. Bagaimana pun Pas diharap tidaklah seghairah Ketua Umum PKR menyanjung kehebatan Zaid ketika itu kerana Pas melihat yang orang yang bertaqwa sahaja yang patut menyertai, bukan orang yang berprinsip sendiri

….
http://aziziabdullah.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 November 2010 in PENDAPAT, POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: