RSS

Rombakan Kabinet Lanun: Basi dan rakyat terus diketepikan

19 Nov

Oleh: Chegu Zul

Rakyat tidak rasa apa-apa dan merasakan apa-apa perubahan, walaupun berlaku perubahan kabinet dalam kerajaan Malaysia. Pengalaman sudah-sudah bagi PM yang lalu. Rakyat teruja dan merasakan perubahan terhadap rakyat directnya bila berlaku rombakan dalam barisan kepimpiman PM yang terdahulu.

Jika zaman dahulunya rakyat amat ternanti-nantikan perubahan itu, rasa terkesan bilamana kepimpinan peringkat kementerian itu berubah. Mungkin kerana kesungguhan khidmat menteri yang waktu itu mahu membela rakyat terus menurunkan khidmat terbaik mereka (walaupun ambik sikit) juga berbanding dengan menteri dalam kabinet terakhir Umno BN yang tidak terkesan dan dirasai rakyat. kerana nampak ambil dan utamakan diri didahulukan kot.

Oleh itu kita jangkakan dengan jangkauan maklumat pantas yang bergerak laju, waktu ini SPRM atau BPR dahulu yang berjaya mencium salah laku tetapi kini rakyat sendiri (para blogger) yang menjadi agen SPRM yang paling berkesan. Nampak blogger dan maklumat dalam cepat pecah dan tersebar pantas ke meja blogger daripada meja SPRM.

Samada laporan mereka positif atau negatif SPRM kini menjadi badan terakhir yang dapat menilai keabsahan pendedahan sesuatu penyelewengan itu.

Waktu ini, rakyat tertanya-tanya banyak mana pula duit akan kementerian tertentu akan bazirkan bilamana berlaku perubahan rombakan kabinet. Dan berapa banyak projek yang kroni wujudkan bagi memberi ruang dan peluang bagi segelintir rakyat terutama kepimpinan Umno Bn untuk membina kekayaan luar biasa. Dibawah slogan keramat RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN INDIVIDU KRONI & PUAK DIUTAMAKAN.

Harapan rakyat jangan jadi kabinet penyamun. Harapnya…

Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri. 

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana “sumbangan” besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan “salah urus” dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

‘Saya takkan beritahu bila rombakan Kabinet’

PUTRAJAYA 17 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hanya akan mengumumkan rombakan Kabinetnya sekiranya ia benar-benar terjadi.

”Takkan saya nak beritahu bila. Rombakan Kabinet takkan diberitahu, kalau ada, adalah, kalau tak ada, tak adalah.

”Saya tidak bercakap tentang rombakan Kabinet, tapi tentang kepimpinan dalam UMNO,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi perbualan video dengan perwakilan pelajar Malaysia di luar negara di kediaman Seri Perdana di sini pagi ini.

Najib ditanya kemungkinan rombakan Kabinet akan dibuat dalam masa terdekat ditambah pula dengan penilaian hujung tahun ke atas Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menteri-menteri tidak lama lagi.

Pada Jun lalu, Najib memaklumkan kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan pada Julai tahun lepas bagi menjadi kayu ukur prestasi kerajaan, telah mencapai KPI yang ditetapkan.

Menurut beliau, enam NKRA itu dikenal pasti setelah kerajaan merundingi rakyat dan mendengar keluh kesah serta pandangan mereka.

Dalam pada itu mengulas rombakan kepimpinan UMNO negeri yang akan diumumkan beliau tidak lama lagi, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau sedang memikirkan perkara itu setelah ia tergendala selama dua minggu berikutan beliau menghidap penyakit cacar.

”Selepas ini apabila saya bekerja seperti biasa, saya akan beri tumpuan,” kata beliau.

Pada 23 Oktober lalu, Najib ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.

“Saya akan maklumkan bila sampai masa, tak lama lagilah. Semua kemungkinan boleh (melibatkan kepimpinan UMNO negeri),” kata beliau.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 November 2010 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: