RSS

Dunia hantu mewarni hidup masyarakat ?

20 Nov
Oleh Chegu Zul
Ulamak Muda UMNO tolonglah Nasihat kat Menteri jaga Penerangan, anak Yatim tu….cukuplah sudah tayang cerita hntu kat TV, bebudak Malaysia banyak jadi syirik kerna telah takut pada hntu, bukan takut tuan punya hantu. itu baru  lah ULUMAK MUDA UMNO buat keja. bukan keja ampu aja anak Mansur tu aja……..

Saban hari remaja lari daripada rumah kian menjadi-jadi. kekalutan remaja bertindak luar kawalan ini sudah menjadi satu trend dan fenomena dalam dunia kita sekarang. kejadian ini, tidak terkecuali datang daripada latar belakang pelbagai samada di bandar-bandar besar, bandar kecil, kampung-kampung pedalaman serta tanah-tanah rancangan di seluruh negara.

Terkadang remaja sikit masa dahulu berjaya menipu 1Malaysia, bahawa dia telah dilarikan oleh ‘jin’. Maka gempak satu Malaysia, termasuk para bomoh berkumpul untuk menangkap ‘jin’ berkenaan. dan lebih memelikkan lagi ‘jin’ moden tersebut menggunakan modus operandi tanah perkuburan sebagai benteng terakhirnya meninggalkan dan menghilangkan gadis berkenaan. Maknanya semakin canggih dan terkedepan ‘cara remaja’ kita dalam meyakinkan sandiwara mereka.

Hari ini pula dilaporkan remaja ‘hilang’ semakin hebat, kerana ‘jin’ turut menggunakan dan manfaatkan khidmat para ‘bomoh’ bagi memerangkap cinta sejati mereka itu.

Sementelahan, media elektronik kini nampak ghairah bersama dengan pengarah jutawan perfileman Malaysia david Teoh untuk menjernagkungkan masayarakat dengan hantu khayalan, dan paling menakutkan memartabatkan sihir-sihir dan ilmu hitam yang satu masa dahulu sudah ditinggalkan oleh masyarakat Malaysia moden.

Kini ilmu hitam kembali mendapat tempat. dan nampak anak-anak kita semakin ditakutkan dunia gelap dan dunia hantu. Ramai rakan-rakan penulis yang bersungut bahawa anak dan cucu-cucu mereka takut ke dapur atau ke dalam bilik yang gelap gara-gara hantu David Teoh ini.

Fenomena hantu dan remaja lari kian menjadi-jadi kini. Justeru apakah jalan dan cara penyelesian terbaik masyarakat…..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 November 2010 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: