RSS

Polis ada 318 Pakar Judi?

20 Nov
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Nak kata ini rahsia kerajaan atau tektik polis tetapi terpampang dalam akhbar. Taknak komen dah semua orang tahu. Rakyat tanpa mengira latarbelakang mencapai akses maklumat seperti ini. kadang-kadang kesihan jugak tengok ke polis ni. Terpaksa perabis duit dan masa untuk mencuci tahik yang dibuat oleh pemimpin UMNO-BN.

Apa perlu ke Polis menjadi pakar untuk menutup pusat judi ni?. Bimbang-bimbang kalau ia sudah menjadi hobi, polis pulak jadi kaki judi. kalau tak pun jadi tokey judi. Nanti tertinggal kerja-kerja rutin nak jaga pembangkang buat ceramah dan program, takde pulak polis yang nak memantau.

KUALA LUMPUR – Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi. “Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri,” ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Inilah Malaysia yang dikatakan Negara Islam hebat. Mahal tali pada beruk. Apa perlu pihak polis menghabiskan duit beratus ribu untuk menyediakan mock casino seperti ini. sedangkan kalau dilihat peralatan pejabat dibeberapa balai polis cukup teruk. Bahkan ada yang terpaksa membawa komputer sendiri untuk memudahkan tugasan. Persekitaran kerja yang tidak selesa. Cuma dah polis dilatih sedemikian dan sedia bertugas serta redha sedemikian takpelah…

Apa perlunya latihan sebegitu ramai pakar. Untuk apa? Sekarang pun dah ada 318 orang pakar. Nak guna berapa orang? Atau ia menjadi latihan asasi seperti tentera yang nak bersara.. pergi kursus kemahiran. Kalau bersara boleh gak kerja kat Genting. Tun Hanif Omar kan bekas Ketua Polis Negara selaku Timbalan Pengarah Genting Berhad. Apatah lagi sebahagian peruntukan untuk buat Mock casino itupun dapat peruntukan percuma dari Genting. Tokey judi diatas bukit Pahang tu.

Kot-kot lepas ini pihak polis boleh mohon menjadi sebuat IPT baru. Melahirkan graduan Pakar judi. kebanyakan syarikat judi ni untung-untung. pekerja pun dibayar gaji mahal. Kalau yang pro tu boleh keja bukat setakat Genting tapi boleh pi Macau atau las Vegas. Tapi ingat-ingatlah… kalau rasuah melibatkan dosa yang sama kepada 4 golongan. Arak berkongsi dosa 7 golongan. samalah juga dengan industri judi. Apa-apa yang berhubungan dengannya membawa kepada dosa bersama.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 November 2010 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: