RSS

Fikrah JIM vs Fikrah PAS

10 Dec

Seperti yang saya sebut sebelum ini, persoalan perbincangan fikrah JIM dan fikrah PAS secara terbuka bukanlah suatu perkara yang sesuai dalam masa kita menghadapi persiapan pilihanraya ke-13. Hanya imbauan kenangan zaman dulu seperti cerita P. Ramlee. Kenapa perlu diulang tayang?

Saya berhasrat Wan Ji menyambung artikelnya itu, saya diam dan berhenti sejenak mengusangkan blog ini sambil menunggu. Seperti juga saya sebut sebelum ini, saya bukan berhasrat dia menjawab tulisan saya. Memang dia tak akan menjawab (Warcana ilmiyyah secara terbukakan Wan Ji?) seperti sebelum ini. Hanya sekadar tunggu apa lanjutan tulisannya berkaitan Fikrah JIM vs Fikrah PAS.

Saya setuju dengan pendapat seorang pengunjung laman Tranungkite abuadil_alkaff dalam komennya pada artikel saya.

tak boleh ke kita tak masukkan polimik sebegini dalam TKO?ambe dah baca apa yang ditulis oleh Wan Ji dan lain2 blogger2 berkaitan polimik berkaitan, bagi ambe banyak fakta yang kurang tepat tapi masih boleh ditolak ansur. misalnya said hawwa bukan menantu albanna dan husan harun bukanlah murid said hawwa, sebagaimana diakui oleh us harun. alangkah baik kalau kita bincang manhaj taghyir secara ilmiah? bukankah kajian ilmiah didahului dengan kiterature reading, critical reading dsb? banyakkan membaca….

sebagai berlaku adil jangan sekali2 menghadkan hanya tulisan ulama pas saja. kaji semua buku samada turath atau semasa, dari arrisalah syafei, ibn taimiyyah, syatibi, dsb hingga albanna, maududi, arrosyid, qorodhowi, abdul karim zaidan, al-ahdal dll.

tanpa kajian secara ilmiyyah, dibimbangi kita tidak berlaku adil kepada diri kita, ulama, dan kepada ummah.

seminar pas ganti umno dan ujtimak tarbawi menunjukkan kita masih tercari2 manhaj….

Dalam perbincangan sebelum ini bukan kita nak mendakwa gerakan siapa yang lebih Ikhwan. Perlu diingatkan bahawa PAS bukannya Ikhwan!

Kita bukannya mencari perbezaan tapi mencari persamaan yang boleh dilakukan bagi kita mengembelingkan tenaga menghadapi musuh kita yang sebenar iaitu menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang menzalimi rakyat khususnya rakyat Islam. Mendirikan Islam atas keruntuhan atau tumbangnya kerajaan UMNO/BN.

Lengkap ke persiapan kita untuk ini?

Usaha-usaha menjernihkan perbezaan ini, saya sudah sebut dalam tulisan yang lalu beberapa kepimpinan IRC (JIM) telah diserap dalam Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. Tapi hasilnya mengaibkan. Bukan itu sahaja selepas tertubuhnya JIM. Satu tamrin peringkat kepimpinan antara PAS dan JIM dibuat di Markah Tarbiyyah Taman Melewar begi mempertemukan golongan yang nak Islam di negara ini disatukan dalam satu gerakan (bukannya satu Jamaah)

Beberapa hari kepimpinan ini boleh bersama, bermesra, berbincang tapi malangnya tak sampai pun seminggu selepas tamrin itu, bibik-bibik perpecahan dimainkan semula. Ini tidak mendatang manafaat yang sepatutnya. Saya tak akan detailkan sebab-sebabnya.

Petikan tulisan Wan Ji

Aku masih tidak mendapat jawapan yang jitu tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini. namun, selepas era 8 mac 2008, aku meletakkan tanggapan bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS, bukan sekadar mahu diterima oleh orang islam, tetapi mahu diterima juga oleh Non Muslim.

Jika dengan Non Muslim, kita mengharapkan sokongan dan dokongan dari mereka, inikan pula dengan sesama gerakan islam yang bernama JIM. tetapi, keadaannya adalah sebaliknya; dengan maksud, curiga mencurigai antara PAS dengan gerakan islam lain ini masih tetap berlaku. Perkara ini yang sedang aku fikirkan, tetapi sehingga kini belum ada lagi dapat memberikan kepadaku jawapan yang jitu dan diterima akal secara rasional.

Begitu juga dengan komen Akh_Iman_Kuantan dalan blog Wan Ji yang banyak mencerita peristiwa menyedihkan akibat daripada pertembungan fikrah ini.

Saya lebih suka merujuk kepada jawapan Saidina Ali dalam peritiwa perang saudara yang berlaku di zaman beliau yang lebih dasyat lagi.

Bila ditanya “adakah yang menyerang Khalifah (Ali) adalah golongan yang terkeluar (kafir).  Jawab Saidina Ali “tidak”.

Adakah yang menyerang itu adalah golongan Munafik? Jawab Saidina Ali “tidak”. Golongan munafik jarang menginggati Allah, tambah Saidina Ali.

Saidina Ali lebih berpendapat mereka ini adalah golongan “mukmin yang zalim kepada sahabat semukmin”.

Kalau kita baca buku “Khalifah dan Kerajaan” karangan Abu Ala Al Maududi ada menghuraikan bagaimana berlaku perkara yang mengaibkan umat Islam selepas sahaja perang antara Hajar Yusof dengan Abdullah Ibn Zubair di Kota Mekah. Kita akan merasai terhiba kerana ini berlaku di zaman awal Islam yang melibatkan sesama mukmin.

Sepatutnya soal fikrah JIM tidak timbul lagi, biarkan dia dengan pertubuhannya menjalan aktiviti bagi membangunkan umat Islam. Saya lama sudah membuat anggapan fikrah JIM tidak kemana selepas pengasas JIM sendiri, Saari Sungip (Abu Urwah) telah masuk PAS, hampir keseluruhan kepimpinan awalnya sudah berada dalam PAS. Ini bukti nyata fikrah ini telah gagal!!

Kalau ada yang cuba untuk mengembangkannya dalam PAS itu adalah pengkhianatan dalam perjuangan Gerakan Islam yang bernama PAS.

Saya juga setuju dengan pendapat Rahabiah dalam komennya yang mengatakan JIM sendiri banyak menceduk bahan tarbiyyah PAS dalam menyediakan maklumat bercetak berbanding PAS yang tidak mementingkan atau mengambi peduli soal-soal dokumentasi.

Mengenai isu Muzakarah buku ‘Menuju PAS Baru’ karangan Dr Mujahid oleh ulama pelapis pada 5 Disember lalu, yang dihadiri kira-kira 32 orang pakar Syariah seluruh Malaysia. Mjuktamar ini telah meresolusikannya buku ini sebagai tersasar daripada fikrah perjuangan PAS sebenar. Saya rasa perlu juga diambil kira apa yang disebut ini sebagai ada hubung kait apa yang kita bincangkan dalam tulisan ini.

Kenapa Wan Ji nak marah sangat sampai kata diHARAMkan?

Syed Qutb yang terkenal pun pada awal penulisannya banyak terpangaruh dengan kefahaman sosialis sehingga penulisann awalnya banyak berbaur dengan kefahaman tersebut. Perbezaan amat ketara dengan kitab terkemudianya seperti “Ma’alim fil Tariq” yang disebut oleh Ustaz Yahya Osman sebagai kitab yang menajubkan. (Ustaz Yahya antara yang dirujuk oleh pentajmah kitab ini, ada boleh baca dalam muqadimahnya.

Ustaz Yahya ada menyatakan  bahawa dia telah tamat sebanyak 14 kali membacanya tapi masih ada terasa seperti idea-idea baru yang belum difahami.

Beliau juga menyebut, jika kitab ini diberikan kepada seseorang yang berjuang dalam perjuangan, dia tidak memahami ada sesuatu yang tak kena dengan perjuangan orang itu. Itu kata-kata Ustaz Yahya Osman bukan pendapat saya. Hanya saya pernah berikan kepada bos tempat kerja saya dan dia pulangkan semula dengan berkata “susah nak faham”.

Bagi saya Dr Mujahid memang bagus dan hebat, hanya dia tersasar sedikit. Itu yang perlu diwarcanakan agar kita murnikan fikrah bersama tapi jangan terpesong ke fikrah yang lain akhirnya PAS akan terumbang ambing akibat daripada banyak sangat yang nak menjadi nahkoda!

Wan Ji jadilah, betulkanlah landasan.

Kita sepatutnya sekarang ini bersama mengembelingkan tenaga dalam menghadapi cabaran baru untuk kita bersiap menghadapi pilihanraya ke-13 bukannya membuat persiapan menetukan siapa kepimpinan PAS dalam Muktamar akan datang. Mengatur stategi, menentukan gerakan membuat persepsi kepada pimpinan yang tak disetujui atau dikategorikan penghalang cita-cita dalam usaha bagi menjadikan PAS hak milik kita, mengikut fikrah kita.

Ini semua adalah kerja-kerja bodoh dalam PAS!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Disember 2010 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: