RSS

Pemimpin Umno: Wajah Ketua Pemuda Umno Malaysia Yang Kuat Melayunya

10 Dec
Oleh Chegu Zul
Bayangkan dalam banyak kerja yang mahu dilakukan oleh orang politik. Lihat dan bayangkan tindakan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Umno yang gila mempertahankan ketuanan Melayu, Umno yang setiap denyut nadinya membela nasib bangsa Melayunya itu. 

Di kala harga barang naik, diwaktu anak-anak desa hingusan menyambung titik peluh keringat mengumpul wang bagi memulakan sesi persekolahan mendepan walaupun harga getah dan sawit melonjak gila.

Maka saat itu jugalah Ketua Pemuda Umno yang teras diri diperkasakan dengan ‘darah Melayu dan ketuanan Melayu’ beraksi rak bagai nak gila mengayakan fesyen. Seorang pejuang rakyat masih lagi ada masa bagi ‘kerja-kerja’ sedemikian. Ini adalah ciri-ciri bakal kepimpinan pemimpin masa depan Melayu ?

Bayangkan…bayangkan …alahai nasib Melayu ku

SENSASI: Gambar Ketua Pemuda Umno jadi model catwalk…

 

Ketuanan Melayu: Babi pun tidak segila itu pertahankannya

PKR dilabelkan mantan PM Mahathir Mohammad sebagai jahat kerana membangkitkan isu ketuanan Melayu untuk meraih keuntungan politik. Cuma PKR jahat sahaja sekadar bangkit dan ingatkan tentang ketuanan Melayu yang beria-ria Mahathir dan Perkasa serta konco-konco mempertahankan seperti gila babi lagaknya.

Tetapi amat mendukacitakan Umno adalah menjadi Melayu dan Ketuanan Melayu tergadai dan merempat di tanah air sendiri sejak merdeka. Walaupun ada kebaikan yang dibawa oleh mereka. Lihatlah sahaja tentang isu Bahasa Melayu setakat tahun 2010 Umno hanya mampu dirikan UKM dan DBP. Peraturan kuatkuasa BM sebagai bahasa berdaulat gagal terlaksana dalam banyak displin ilmu dan lapangan termasuk penggunaan BM sebagai bahasa utama di mahkamah.

Saksikan para peguam negara yang berhujah dan penghakiman yang dilakukan di mahkamah menggunakan bahasa apa ?

hatta dalam pendidikan sendiri BM gagal tersempurna dan disempurnakan, sehinggakan sanggup mereka memperkenalkan PPSMI dalam pengajaran Sanis dan Matematik yang BM diyakini gagal menguasai dan menyakini dalam dua subjek ini.

Ini adalah persitiwa yang cukup memalukan negara, ia menjadi lipatan sejarah bilamana meo demi memo desakan rakyat supaya BM didaulatkan dalam negera kita.

Anwar dedah ahli Umno dapat pojek RM2 bilion 

ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

 

NONEAnwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

“Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

“Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

“Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama,” kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

“Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

“Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

“GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain,” katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

“Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

“Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan,” katanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Disember 2010 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: