RSS

UMNO: Semakin nanyuk menjelang 2013 ?

12 Dec
Chegu Zul

Akibat terlalu takut yang teramat sangat, kenapa dan mengapa Najib berpesan kepada rakyat minta mereka jangan ‘gadai masa depan negera kepada pembangkang sebabnya Bn masih mampu menjaga rakyat negara ini. benarkah ?

Alasan Najib kerana pandai menabur janji, kedua takut mereka menyesal masa depan. Makna nya umno memang tidak pandai berjanji, tetapi Umno Bn pandai berbohong dan menipu rakyat. Janji minyak dan barang serta tarif elektrik tidak naik tetapi dinaikkan, walaupun kakitangan kerajaan seramai 1/2 juta itu diberikan saguhati hadiah RM500 tempoh hari. Bahang kenaikan mulai dirasai rakyat kini.

Rakyat telahpun mengadaikan 5 buah negeri, negeri paling lama digadai kepada pembangkang adalah Kelantan yang kini diperintah oleh PAS hampir 20 tahun. Justeru banyaklah tanah-tanah dan seluruh rakyat Kelantan telah digadaikan ke Rahnu di Kelantan agaknya. Kini giliran 4 negeri yang bakal tergadai iaitu Kedah, P Pinang, dan Selangor. Namun Perak telah dirampas oleh lanun yang namanya Bn.

Bn Umno mempunyai pegangan dan ideologi teguh dengan politik cacamarba yang mencampur adukkan semua. Terbaru kempen AIDS melalui artis yang menghalalkan seks tanpa nikah hanya dengan menggunakan ‘kondom’ sahaja anak-anak muda boleh menjalin hubungan seks.

Kini Najib meracau-racau dan takut kehilangan kuasa, bermakna dia sudah terbayang akan mengalami nasib sama macam Khir Toyo.

Sepatut dalam dunia demokrasi yang sihat dan lebih gentlement sepatutnya bersifat terbuka dan lapang dada tiba masa rakyat terima dan sokong, maka jadilah kerajaan, jika rakyat tolak dan buang balik kampunglah.

Usah Gadai Masa Depan Negara Kepada Pembangkang – Najib

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

“Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.

Najib berkata kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.

Najib berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

“Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional,” katanya. – BERNAMA

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Disember 2010 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: