RSS

Umno yang penting adalah KUASA & KEKUASAAN

06 Jan

Semuanya atas kepentingan apa, rakyat atau politik. Slogan keramat PM yang mahu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan letak di mana ? Kerajaan Pusat dengan kuasa-kuasa yang ada memperalatkan KSN (dengan izin) sengaja melantik Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Kenapa dan mengapa beliau tidak dikekalkan sebagai Pengarah JAIS lagi.

Selepas Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Khusrin yang tidak dikenali ‘menunjukkan sikap pro dan kon’ terhadap kerajaan Selangor yang dipilih rakyat. Mandat rakyat Selangor cuba dipermain-mainkan oleh Khusrin dengan ‘sengaja’ (dengan izin) ingkar dan enggan mematuhi arahan pimpinan kerajaan Selangor yang baru dalam beberapa hal tempoh hari.

Media massa pro Umno bertindak agresiff menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dan polimek Khusrin dengan Kerajaan Selangor mendapat perhatian rakyat. Umno berjaya menimbulkan keraguan dan kesangsian rakyat terhadap kerajaan Selangor itu, apa pun Umno dan mereka sedang berpolitik, bukan mahu menjaga rakyat dan jauh sama sekali kepetingan rakyat di utamakan.

Justeru, semua slogan Umno adalah bersifat kosmetik dan bertujuan menipu rakyat secara pro. Rakyat mahu dibuai dengan kebaikan ala plastik kerajaan umno ini.

Kedegilan dan keangkuhan kes Khusrin memaparkan ego kerajaan Pusat dan mahu menunjukkan kuasa adalah sebahagian agenda mereka. Mereka tidak fikir kesan nya akan berlaku sekali lagi krisis perlembagaan dalam negara kita.

Chegu Zul

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Januari 2011 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: