RSS

Jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang – Satu Renungan

19 Jan

Sedih masih lagi terasa diwajah kami pabila Jenazah yang terbujur kaku berada dihadapan Saaf.

Tiada seiapa tampil kehadapan menjadi Imam…..Imam tiada, bilal tiada terdengar suara yang jelas didalam dewan masjid.

Imam tiada, bilal tiada, yang ada solat jemaah zohor beberapa ahli khairah , jentera BN yang menanti PM kebanyakan bersama PM, Petugas jentera PAS Pahang yang hadir solat berjemaah setiap waktu terkedu.

Dimana Imam, Dimana Bilal, Dimana pimpinan BN Umno, terdegar suara nakal berbunyi didalam masjid.

Siak masjid meminta sambil memanggil makmum untuk tampil kehadapan, sesipa yang boleh jadi Imam sila kehadapan…… berulang kali pangilan tersebut terdengar oleh saya.

Saya yang berada diperkarangan beranda masjid sedang berihat selepas solat Zohor berjemaah terkejut apabila diminta oleh beberapa ahli khairah yang ada antaranya menarik tangan saya kehadapa bagi mengimankan solat jenazah tersebut. Saya tidak mengtahui jenazah siapa yang berada dihadapan itu?.

Saya terasa berat hati untuk menjadi Imam kerana pada ketika itu saya memaki baju jubah yang berjeketkan lambang PAS, almaklumlah saya orang luar dan kelihatan makmun yang belambangkan 1Malaysia memenuhi ruang saf hadapan.

Saya gagahi juga tampil kehadapan menjadi imam dalam keaadan sayu dan sebak memikirkan jenazah tersebut dibiarkan tampa ada imam untuk mengimani solat jenazahnya.

Kita merancang dan Allah SWT merancang….Sepatutnya PM dan pengerusi Felda, Pengerusi Umno Johor dan jawatankuasnya menguruskan jenazah tersebut terlebih dahulu.

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

“Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,”kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

“Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

“Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri,” kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: