RSS

53 TAHUN MCA BERKAWAN DENGAN UMNO.. INILAH HASILNYA

22 Jan
http://najwasuhaimi.blogspot.com/

Dalam kenyataan terbaru Chua Soi Lek (CSL) dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, CSL secara sarkastik menyindir cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.

Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,”

Terjemahan “ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.”

“If you can accept a lifestyle that follows Islamic values, then you vote for PAS, as simple as that,”

Terjemahan “Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS”

Tidakkah kenyataan CSL itu satu kenyataan yang jelas menghina dan dalam masa yang sama mempermain-mainkan nilai suci ajaran Islam?

Bekas pelakon porno itu juga mendakwa Kerajaan PAS Kelantan juga rasuah seperti kerajaan negeri-negeri lain yang diterajui oleh UMNO.

“UMNO tidak sempurna, ada rasuah diamalkan tetapi PAS juga tidak sempurna, tengok negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kalau anda mempunyai kawan di Kelantan Tanya mereka mengenai Kerajaan PAS Kelantan.

“Rasuah mereka kecil hanya kerana mereka tidak menguasai kerajaan pusat jika tidak nilai rasuah mereka juga besar” katanya lagi sekaligus mengakui akan adanya rasuah dalam kerajaan UMNO/BN.

Komen-komen CSL kebanyakkannya menimbulkan rasa takut atau kurang senang bukan Islam terhadap Islam (Islamphobia).

Tahun lepas CSL merangkap Presiden MCA sekutu UMNO didalam Barisan Nasional ini telah berkata majority Negara-negara yang mengamalkan rasuah ialah Negara Islam.

Beliau juga pernah melahirkan kekecewaan tentang kedai-kedai di Kota Bharu yang ditutup ketika perayaan Aidil Adha, satu perayaan penting dalam calendar Islam yang disambut secara besar-besaran.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: