RSS

Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam

22 Jan
NONE
Perang kartun di Tenang

KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.

Ini terbukti apabila beliau menyoikong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan masyarakat Cina” berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka… Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

“Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP “mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap” mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek“Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita,” perli Muhyiddin

“Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

“Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana,” katanya. (IH/Sumber Malaysiakini)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: