RSS

Calon Tenang: Siapa comel menang? Apa kata Shahrizat di Pusat Penamaan Calon!

23 Jan
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
 

Felda Cempelak ni yang merupakan antara felda tertua. Dibuka semenjak tahun 1964 dan sudah ramai generasi pertamanya yang meninggal. Genarasi keduanya pun sudah mencecah umur 50 tahun. Felda yang sudah didatangi oleh PM Najib Tun Razak yang terus mengungkit jasa di Felda. Terus membahagikan janji politik bagi memberi tanah generasi kedua felda dan mengugut untuk menafikan hak mereka yang menentang UMNO.

Terus menggula-gulakan janji pembangunan canggih walaupun nak up-date blog pun tak dapat kat situ… yelah berokband tak boleh memanjat 3G… takleh guna, lambat nak mampuss…

Selepas perarakan calon dan para Kontigen Pas dari BPP Negeri Terengganu telah mengadakan satu majlis rengkas bersama Tuan Guru Presiden bagi pelancaran dan ramah mesra bersama tenaga bantu di UPU Felda Cempelak dari negeri Terengganu yang kini bersama bersama-sama dengan beberapa Pas kawasan Johor sendiri. Taujihat serta pendedahan sejarah perjuangan Islam dinusantara dan perjuangan Islam Pas.

Tuan Guru presiden juga menyebut tentang pejuangan kabilah Jawa, bugis dari Indonesia ke Malaysia yang asalnya adalah merupakan perjuangan menentang penjajah dan demi menegakkan IsIam. Ini membangkitkan semangat petugas untuk membantu kemenangan Pas di Dun Tenang. Apatah lagi buat penduduk tempatan yang majoritinya dikalangan peneroka melayu-jawa.

Sebelum itu, kedatangan calon iaitu Cikgu Mala ke kedai kopi diFelda Cempelak itu telah menarik masyarakat berpusu-pusu kesana… yelah nak tengok juga macam mana rupa calon. Terdengar jugak bisikan-bisikan sambil tersenyum… ish-ish. Cantik jugak calon Pas ni… seorang sahabat menyebut.. kalau kat kampus banding dengan calon UMNO Azhar Ibrahim tu.. dah konpem menang.

Kalu macam tu Pas menang le kali ni!!!.. Hihii.. itu kampus… ini peneroka. Letak tom drum, asal cap dacing pun akan disokong disambut dengan gelak ketawa. Cuma penulis ingatkan.. calon tu calon kita tetapi bini tu bini orang weh!… nanti susah pulak Cikgu Makrof Abdul Muttalib. Dah le baru-baru ni nak ditukar JPN ke Pasir Gudang kerana dikatakan ‘gagal kawal bini’ kini ramai pulak dok sosek-sosek ke seluruh Negara tentang kecomelan calon dun Tenang.

Ish… comel atau hensem ada undi ke??? Ya. Ada setengah pengundi atas pagar termasuk orang muda. Dia nak undi kerana calon comel. Ada pengundi wanita tersenyum keseorangan selepas mengundi kerana mengundi calon muda yang hensem. Golongan wanita ada juga yang semangat kewanitaannya tinggi.

Mereka terpanggil untuk menyokong calon wanita mereka apatah lagi kalau wanita itu dibuli, semangat gender mereka menarik untuk menyokong wanita mereka. Begitulah antara faktor kemenangan Wan Azizah di Permatang Pauh dan Nurul Izzah diLembah Pantai mengalahkan Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO.

Ketika penamaan calon di Tenang kelmaren, ketika Tuan Guru Presiden bertemu pimpinan UMNO dan apabila bertemu Syahrizat, Tuan Guru menyebut: “Wanita kena sokong calon muslimat Pas!”… tergamam Syahrizat dan tak terkata apa-apa, hanya mampu tersenyum. Yelah… payah jugak nak jawab secara spontan begitu. Mungkin serba-salah. Bukankah Shahrizat pejuang feminine dan semangat kewanitaan yang tinggi?

Apapun semua calon menghimpunkan pelbagai faktor untuk meraih kemenangan. Tolak campur, positif negatif semuanya maka ditimbang rakyat dan dikira jumlah semuanya. Itulah yang akan diumumkan sebagai pemenang untuk YB selama 3-4 bulan ni sebelum parlimen dibubarkan dan PRU diadakan.

Kalau dunia luar, calon parti sudah diambil kira dalam memperjuangkan isu-isu global seperti isu keselamatan dunia, isu pemanasan global, isu rasuah, isu nuklear dan sebagainya tetapi di Malaysia alah baru ini masih lagi membicarakan siapa calon yang buat jalanraya, isu air, lampu elektrik, siapa beri paling banyak wang, isu ugut mengugut dan sebagainya … isu yang selayak didunia ketiga dalam demokrasi yang tempang…

Apapun bagi Pas dan petugasnya, inilah masa untuk menyampaikan mesej perjuangan. Menang atau kalah bukan ukurannya. Mesej perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas yang kini disokong oleh masyarakat berbilang kaum. Mesej perjuangan untuk meruntuhkan tempok perkauman melayu di negeri yang tertanam tembuni UMNO. Negeri yang paling kuat UMNO didunia yang kini semakin robek. Ingatlah selagi bumi itu dicelah cahaya mentari, tiada sebab cahaya perjuangan dan keadilan Islam tidak mampu disinarkan. InsyaAllah, janji Allah pasti berlaku jua.

 
3 Komen

Posted by di 23 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

3 responses to “Calon Tenang: Siapa comel menang? Apa kata Shahrizat di Pusat Penamaan Calon!

  1. MELYUIS

    23 Januari 2011 at 10:08 PM

    UMNO OK TAK ADA MASALAH

     
  2. Admin-Produk Kesihatan

    23 Januari 2011 at 10:24 PM

    Insya’allah akan berlaku kejutan dekat tenang nanti…

     
  3. MELYUIS

    26 Januari 2011 at 7:47 AM

    ingatan yang baik untuk difikirkan

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: