RSS

Badrul Hadir DUN Tetapi Duduk Di Bilik Media

24 Jan

SHAH ALAM 24 JAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengejutkan hadirin di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor apabila hadir pada sidang DUN hari ini.

Walau bagaimanapun, Badrul didapati hanya duduk di bilik media dan tidak memasuki dewan seperti yang didakwa beliau.

Beliau dijangkakan tidak menghadiri DUN awal bagi meminda perlembagaan negeri memandangkan kerusi DUN Pelabuhan Klang telahpun diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim minggu lalu dan surat kekosongan kerusi juga telahpun dihantar kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

Teng telah mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong selepas mendapati alasan Badrul tidak menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan satu penipuan, dan seterusnya mengisytiharkan kerusi tersebut kosong pada 20 Januari, 2011.

Badrul memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak menghalang beliau daripada menghadiri persidangan hari ini kerana tiada surat dihantar kepada beliau menyatakan beliau tidak boleh hadir untuk mesyuarat hari ini.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: