RSS

MCA Menghina Islam : Mufti Perak

24 Jan
 

SHAH ALAM 24 JAN : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memohon maaf kepada orang Islam kerana mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tertib bersalam wanita Islam.

Sebelum ini Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal wanita Islam bersalam – calon PAS-Pakatan Rakyat kerusi DUN Tenang Normala Sudirman, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Tindakan Chua Soi Lek dilihat cuba mempersendakan hukum Islam tatkala Umno berdiam diri dalam soal ini.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala  yang tidak bersalam dengan bukan muhrim.

Kontroversi itu yang  terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua kemudian ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

“Betullah tu, orang perempuan tidak boleh bersalam dengan orang lelaki, itu hukum Islam, haram bersalam tu,” tegas Harussani yang dihubungi TV Selangor.

“Dia (Chua Soi Lek) sepatutnya tahulah menghormati, bila dia mengkritik itu (hukum Islam) maknanya dia mengkritik Islam, dia patut minta maaf pada orang Islam, itu hukum, siapa pun tak boleh lari daripada hukum,” ujarnya Mufti Perak itu lagi.

Mufti Perak itu dilihat antara mufti yang bertegas dalam soal hukum yang mengharamkan penganjuran karnival sure heboh beberapa tahun dahulu.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

Semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14  masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

 

LABIS, 24 Jan –  Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika ditemuramah oleh The Malaysian Insider menggesa presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf kepada orang beragama Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Beliau menyifatkan isu salam yang dimainkan presiden MCA Chua Soi Lek terhadap calon PAS Normala Sudirman di Tenang yang tidak bersalaman dengan lelaki ketika berkempen disifatkan sebagai satu penghinaan kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia.

Menurutnya, sebagai seorang wanita yang beragama Islam, sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

Beliau turut mengingatkan agar MCA tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi berkaitan agama Islam.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: