RSS

PRK ke 17 – Adun Kerdau meninggal

12 Feb

TEMERLOH: Sah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh petang tadi.

Berita tersebut disahkan oleh beberapa orang dan disiarkan dalam berita sebuah stesen televisyen malam ini.

Keadaan ini membuatkan negara mungkin terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) iaitu ke 17 selepas Merlimau 6 Mac ini.

Sebelum ini, Zaharuddin beliau yang merupakan anggota skuad “James Bond Malaysia” telah banyak kali berulang-alik ke hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU. Keadaan ini menyebabkan banyak spekulasi PRK.

Bagaimanapun pada tahun lalu beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang guru kemas daripada Jengka 23.

Pada PRU 2008 Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin (6,789).

N. 28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana YDP Kawasannya ialah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Maklumat:

Keputusan PRU 12 bagi DUN Kerdau
Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %

1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)

Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122

Penyandang: Redzwan Harun (BN)
(Majoriti: 2,565 undi)

 
1 Komen

Posted by di 12 Februari 2011 in PRK KERDAU

 

One response to “PRK ke 17 – Adun Kerdau meninggal

  1. ERAKITA

    13 Februari 2011 at 6:00 PM

    takziah untuk keluarga Allahyarham. Semoga urusannya dipermudahkan Allah di alam sana. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan ini ketentuan Yang Maha Esa.

    Sekali lagi nampaknya negara berhadapan dengan pilihan raya kecil. Tiada siapa menduga kejadian ini berlaku. Agaknya, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pada pemimpin hari ini perlu menjalani pemeriksaan yang kerap mengenai tahap kesihatan mereka. Kejadian kematian ramai YB kelihatannya satu fenomena luar biasa di negara ini selepas PRU-12.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: