RSS

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man patut digantikan

14 Feb

PAS akan menghadapi dua Pilihanraya Kecil tidak lama lagi. Pertama di Dun Merlimau, Melaka pada 06 Mac nanti, manakala satu lagi di Dun Kerdau, Pahang yang tarikhnya belum ditetapkan oleh SPR. Apa yang pasti, SPR terpaksa akur dengan dua PRK ini, tidak perlu lagi merujuk ke mahkamah.

PRK Dun Merlimau telah ditetapkan bahawa PAS sebagai calon mewakili PR dan Pengarah Jentera PRK tersebut telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang.

Oleh kerana tanpa diduga, PRK Dun Kerdau terpaksa diadakan tidak beberapa lama lagi akibat kematian Adun dari Umno semalam, maka saya amat bersetuju dengan pendapat yang mahukan agar Tuan Ibrahim Tuan Man dibatalkan perlantikannya sebagai Pengarah Jentera PRK Dun Merlimau bagi menumpukan perhatian terhadap PRK Dun Kerdau, Pahang.

Calon paling sesuai bagi menggantikan tempat Tuan Ibrahim Tuan Man pada pendapat saya adalah Timbalan Presiden PAS iaitu Us Nasha. Jika Umno pernah melantik Timbalan Presidennya sebagai Pengarah Jentera PRK, maka tentulah PAS tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

Itu hanya pendapat saya, sekiranya PAS merasakan tugas tersebut tidak bersesuaian untuk Timbalan Presiden, maka calon lain adalah samada seorang lagi Naib Presiden iaitu Mahfuz Omar atau pun Pesuruhjaya PAS Melaka sendiri. Apa yang penting, berilah peluang kepada Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menumpukan tugasnya menghadapi PRK Dun Kerdau. Apatah lagi Dun Kerdau dilihat pada mata kasar mempunyaiu harapan besar untuk PAS merampasnya dari Umno.

Mudah-mudahan PR yang diwakili oleh PAS di dalam dua kawasan pilihanraya ini nanti akan memberikan amaran buat Umno bahawa mereka tidak mudah untuk mengekalkan kuasa mereka menjelang PRU ke 13 nanti.

/wfauzdin.blogspot.com

PRK hampir meliputi 1Malaysia

Semasa nota ini ditulis, sudah 14 Pilihanraya Kecil ( PRK ) telah ditempohi. Namun sudah pasti ada dua lagi PRK bakal berlaku iaitu Merlimau dan Kerdau. Ada beberapa perkara yang menarik berlaku, diantaranya ialah hampir semua negeri di Malaysia mengalami pengalaman PRK kecuali Perlis.
Sekadar menulis kembali PRK yang pernah dan bakal* dilalui,
Kedah ( Bukit Selambau ), Perak ( Bkt Gantang ), Ppinang ( Permatang Pauh , Permatang Pasir, Penanti ), N.Sembilan ( Bagan Pinang ), Melaka ( Merlimau* ), Selangor ( Hulu Selangor ), Johor ( Tenang ), Sarawak (Batang Ai dan Sibu ), Sabah ( Batu sapi ), Terengganu ( Kuala Terengganu ), Kelantan ( Manek Urai dan Galas ) dan Pahang ( Kerdau* ).
Manakala PRK Merlimau telah ditentukan tarikh penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan jika ada pertandingan 6hb Mac 2011 adalah hari pembuangan undi.
Semenjak sejarah pilihanraya di Malaysia, PRU 12 melakarkan sejarah PRK yang paling banyak iaitu setakat ini yang diperakukan oleh SPR ialah sebanyak 16 kali ( termasuk Merlimau dan Kerdau ).
Apa yang menarik daripada 16 PRK itu kebanyakkan kekosongan kerusi akibat kematian penyandang. Beberapa kerusi sahaja yang diakibatkan kematian ( kemalangan ) dan mengosongkan ( melepaskan jawatan ). Ini menunjukkan tahap kesihatan Wakil Rakyat tidak ditahap yang baik.
Kerajaan dicadangkan selain mengkaji semula sistem mengadakan PRK dengan suatu kaedah lain bagi menggantikan kekosongan kerusi, juga perlu memperkenalkan suatu piawaian tahap kesihatan bakal-bakal calon atau kaedah lain bagi Wakil Rakyat yang telah dilantik mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan.
Selain dari itu, rakyat juga boleh memainkan peranan agar memilih Calon yang mempunyai kesihatan memuaskan sahaja di dalam sesuatu pilihanraya. Jika sejarah dan latar belakang tahap kesihatan Calon tidak memuaskan maka sepatutnya rakyat boleh menolaknya. Rakyat mesti dididik mempunyai kebebasan untuk memilih Calon yang mereka fikirkan layak dan berupaya menjadi Wakil mereka,bukan dibelengu atau dipaksa memilih calon dari parti pemerintah sahaja.
Budaya berpesta projek segera sempena ada PRK sepatutnya dihentikan. Jika kerajaan memerintah terus menerus melakukan amalan ini, memang patutlah rakyat sedar dan buat perubahan. Apa yang rakyat patut sedar ialah Kerajaan Memerintah tidak serius dan prihatin kepada masalah rakyat dan komuniti. Apabila berlaku PRK sahaja baru kerajaan dan dibantu agensi perlaksana melaksanakan projek. Kebanyakkan projek segera yang dilaksanakan tidak mempunyai manfaat dan kualiti, hanya untuk mengaburi mata rakyat dan memenuhkan perut sebahagian kontraktor.

Posted by media guai

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Februari 2011 in PRK KERDAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: