RSS

Selepas Mubarak, Apakah giliran UMNO?

14 Feb
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
 

Kitaran roda Islam itu sentiasa berputar. Maka berputarlah bersama roda Islam. Setiap zaman dan masa, para pejuang gerakan Islam sentiasa berfungsi. Cepat atau lambat ianya tetap istiqamah. Tetap beramal meskipun nasib acap-kali tidak menyebelahi mereka.

Sejak kejatuhan empayar Khilafah Islamiyyah di Turki oleh pengkhianat Kamal Attaturk serta bermulanya era penjajahan barat dinegara-negara umat Islam atau yang lebih awal daripada itu, umat Islam khususnya dikalangan ulama tidak pernah berdiam diri. Mereka tetap menjaga amanah dan memulakan gerakan untuk mengembalikan kemenangan Islam.

Dari individu dan peribadi hingga usrah dan keluarga. Dari masyarakat sehingga persada massa. Dari rumah ke lorong-lorong jalanan. Dari surau dan masjid ke markaz-markaz serta Bandar dan kota sehingga ke pelusuk Negara. Dari jalan-raya hingga ke Istana Negara. Mereka terus menyebar luas gerakan mereka.

Tapi sunnah Allah. Buah takkan masak dan gugur tanpa melalui proses kematangan. Pengorbanan dan jihad kekadang, kemenangan diraih orang. Tidak dinafikan mereka mendapat kemenangan diakhirat tetapi kenapa susah-susah sipemanjat.. tapi bila buah gugur ia dipetik orang.

Lihatlah d Indonesia. Sekian lama pak kiyai dari pondok dan pesantren yang menggerakkan para santrinya. Ulama berkorban dan berjihad menghalau penjajah bersama rakyat tetapi bila merdeka diistiharkan, golongan nasionalis mewarisinya dan mengistiharkan Pancasila ditahun 1945. Di tanah-air kita, semenjak abad ke 15. Pejuangan Islam tidak pernah terpadam yang dipimpin dikalangan ulama-ulama tanah-air yang tersohor. Mufti Datuk Maharajalela dibunuh. Tok Janggut ditembak mati, Tuan Guru Abdul rahman Limbong dibuang ke Mekah dan perjuangan tak pernah henti. Ketika Ustaz Abu Bakar al-baqir di penjara dan kemudiannya merdeka diistiharkan, akhirnya tali-barut penjajah dan golongan nasionalis juga yang menjadi pemimpin. Teras Negara Islam dipinggirkan.

Sejak Hassan al-banna ditembak mati, Abdul Qadir Audah dan Syed Qutb digantung, perjuangan Islam khususnya bersama Ikhwan Muslimin tak pernah mati. Meskipun diharamkan, dihalang, dkhianati tetapi perjuangan gerakan Islam tetap mekar bersemi. Berpuluh tahun menghadapi kerenah tribulasi. Setelah sekian lama berhempas pulas dan setelah berlakunya revolusi rakyat 18 hari di medan Tahrir, kini Mesir berada diambang era baru. Tapi kemana hala-tujunya??

Mereka yang menjadi tulang belakang perjuangan
Selepas kemenangan… kemana mereka?
mangsa kekejaman Mubarak. Layak memberi fatwa. Tak layakkah memimpin Mesir???

Yang dibimbangi… Adakah dari dasar sosialis kepada kapitalis. Daripada nasionalis tetap menjadi sekularis? Yang mengerakkan revolusi rakyat ini adalah gerakan Islam. Yang telah berakar umbi, yang mencanangkan sekian lama adalah para ulama, yang sudah menderita sekian lama. Dibunuh, dipenjara, dibuang Negara dan sebagainya. Tetapi setelah menghampiri kejayaan timbul pula nama-nama hebat ini??? Siapa Al-Baradei? Siapa Abu Musa? Siapa

Inilah para haprak yang akan dicanangkan Barat dan kuncu-kuncunya bagi mengganti Mubarak. Yang penting Islam tidak dijulang. Kepimpinan Islam dianggap tidak layak. Air yang deras membawa gelombang, sampah dan buih jugak yang terapung diatas? Apakah kali ini ia benar-benar menjanjikan perubahan? Perubahan yang pernah dibawa oleh Pemuda bernama Musa a.s. Perubahan yang dibawa oleh panglima muda Usamah bin Zaid atau Amru bin al-‘As. Atau masih lagi terpenjara didalam kabus tebal yang dibawa oleh Raja Farouk, Gamal Abdul Nasir, Anwar sadat dan Mubarak?

Bagaimana PRU 13? Bagaimana hala-tuju Pas? Bagaimana pendokong-pendokong Gerakan Islam Pas. Apakah perjuangan panjang semenjak 1951 menjanjikan kemenangan hakiki? Atau hanya bersalut plastic?? Apakah demi meraih kemenangan, maka Islam akan dikesampingkan. Dimanakan kepimpinan ulama? Adakah sudah tidak releven???

Bagaimana dengan pengorbanan mereka?
Adakah mereka hanya layak berjuang, berkorban??? Tak layakkah mereka menjadi pemimpin???

Tetapi janji kemenangan Allah tidak pernah dimungkiri!!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Februari 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: