RSS

Ustaz Nasaruddin Mat Isa patut di tonjolkan

16 Feb

Oleh: PolisPencen

Membaca tulisan W.Fauzdin NS yang bertajuk “Tuan Ibrahim Tuan Man Patut Diganti” membuatkan saya terfikir. Terlintas pula kenapa Timbalan Presiden PAS seolah-olah tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara kepimpinan muda PAS yang berkalibar.

Sebelum ini Ustaz Nasarudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama campuran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. Saya tahu ada yang tak suka beliau akan menyebut bahawa pimpinan bukan sahaja menjadi juru terjemah ceramah!

Saya juga agak mendalami pendapat yang akan mengkritik Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan mengatakan beliau bukannya orang yang aktif dalam memberikan pendapat di mana-mana mesyuarat. Saya tidak berhasarat untuk mendalaminya pada penulisan kali ini.

Saya lebih berpendapat ada beberapa laluan yang sukar buat Ustaz Nasarudin menjadikan beliau dipandang negetif. Sebelum itu nama beliau juga tersohor pada umum apabila beliau begitu petah berhujah dalam program Debat di RTM.

Dalam parti menjadi kebiasaan, jika ada ‘kumpulan’ yang ingin menonjol akan memangsakan orang orang lain dan saya berpendapat Ustaz Nasaruddin adalah mangsa kepada politiking dalam PAS ini.

Serangan secara tidak bertanggungjawab oleh beberapa orang blogger terhadap Ustaz Nasaruddin dengan label untuk bergabung dengan UMNO satu fitnah halus untuk menjatuhkan beliau. Tidak ada bukti yang jelas tetapi hanya mencari kesempatan dengan sifat keterbukaan dan ramah beliau dengan kepimpinan kerajaan menjadi senjata untuk mengiyakan projek langgar Nasaruddin yang tak pernah diistiharkan seperti projek langgar Hadi.

Ustaz Nasaruddin menjadi mangsa dalam permainan kotor ini, akhirnya terjebat dengan fitnah besar yang menjadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai sasaran untuk membedil beliau. Saya berpendapat perancangan ini berjaya dan Ustaz Nasarudin menjadi mangsa yang teraniya. Hanya Allah sahaja mengetahui bertapa pedihnya isi hati beliau.

Serangan kepada beliau juga diteruskan melalui pengiat media PAS sendiri dengan menonjolkan sifat elit Ustaz Nasarudin Mat Isa. Saya melihat serangan peribadi ini tidak lebih kepada perancangan untuk memburuk kepimpinan beliau. Sebab utama ialah kedudukan beliau sebagai orang nombor dua dalam PAS perlu diganti kepada orang lain.

Saya setuju dengan beberapa perbincangan ilmiah idea UG yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, walaupun ditarik balik adalah menjadi senjata oleh kumpulan dalam PAS untuk menjatuhkan kepimpinan yang ada dengan hasrat membawa satu kumpulan pemikiran baru dalam PAS atau paling mudah menuju PAS baru.

Oleh itu idea Presiden ini telah cerca sehebat mungkin melalui pelbagai cara dan media. Serangan idea ini, walaupun ditarik nampak macam serangan oleh sekumpulan kepimpinan PAS sendiri dan dibantu oleh golongan profesional yang dilihat non-partion serta media-media utama dan blog seperti Malaysiakini sendiri.

Malah idea Presiden ini telah disalah tafsirkan dalam hampir semua penulis blog yang seolah-olah seperti suatu yang disengajakan.

Apabila UMNO mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk memecah belahkan PAS dengan nada berlembut untuk bermuafakat, akhirnya kepimpinan PAS tersempit. Malah Tuan Guru Nik Aziz sendiri, baru-baru ini yang sebelum ini adalah ‘senjata’ kepada kumpulan tersebut juga terkena perangkap ini.

Orang yang paling teruk, tidak lain tidak bukan ialah Ustaz Nasarudin Mat Isa sendiri.

Saya masih berpendapat Ustaz Nasaruddin Mat Isa mesti dikembalikan kewibawaannya. Beliau perlu memimpin gerakan parti ini. Salah satu cara berikan beliau tanggungjawab. Tolak tohmahan yang jahat dengan kerja perjuangan yang murni.

http://polispencen.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Februari 2011 in PRK KERDAU, PRK MERLIMAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: