RSS

Lima tokoh PAS di muka depan Sinar Harian

18 Feb

Mencipta rekod. Akhbar Sinar Harian edisi Pahang hari ini di muka hadapannya memuatkan lima gambar tokoh PAS sekali gus, sehingga mencuri perhatian banyak pihak kerana belum pernah terjadi sepanjang kewujudan akhbar berkenaan.

Pada head-line tertera gambar tiga orang ‘calon’ PRK Kerdau yang menjadi spekulasi editor akhbar berkenaan dengan tajuk ‘PAS pertaruh tiga tokoh berkaliber’ iaitu Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda Pusat Nasruddin Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim.

Meskipun prediksi akhbar berkenaan tidak semuanya betul berdasarkan senarai pendek calon yang dihantar PAS Pahang kepada Pusat, namun ianya tetap menarik perhatian.

Manakala pada sebelah tepi muka depan akhbar, di atasnya ialah gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang meminta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak bercakap melampaui kuasanya iaitu bercakap isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen PR secara terbuka melalui media.

Gambar di tengah ialah calon PAS PRK Dun Tenang tempoh hari, Cikgu Normala yang berkaitan isu sijil cuti suaminya.

Paling bawah ialah gambar Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal yang mengulas mengenai pertambahan pengundi yang amat menakjubkan di Pahang.

Barangkali antara sebab larisnya akhbar Sinar Harian ialah sikap pengurusannya yang boleh memberi sedikit ruang kepada pihak lain selain daripada Umno.

Pembantu MB, pembantu TPM antara calon BN PRK Kerdau

Umno Bahagian Kuala Krau dikatakan sudahpun bermesyuarat dan menghantar beberapa nama bagi diteliti pimpinan parti tersebut dalam usaha mempertahankan kerusi BN dalam PRK Kerdau.

Meskipun nama tersebut belum diisytiharkan, akhbar Sinar Harian hari ini yang memetik daripada Ketua Umno Bahagian itu Datuk Ismail said, telah menyenaraikan beberapa nama yang bolehlah dikira ‘muktamad’.

Antaranya ialah Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rodzuan Zaaba, Norahan Abu Bakar, Abdul Razak Ahmad, Mohd Arhan Salahuddin, Datuk Redzwan Harun dan Norhasmimi Abdul Ghani. Syed Ibrahim merupakan Pegawai Agama Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian. Beliau dikatakan ‘the top’ malah hari ini ada sahabat memberitahu Datuk Seri Adnan, Ketua Bahagian dan ketua-ketua Jabatan membuat pertemuan tertutup di bangunan Yayasan Pahang, Kuantan.

Rodzuan Zaaba ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Norahan (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian), Abdul Razak (Setiausaha UMNO Bahagian), Mohd Arhan Pembantu Tan Sri Muhyiddin Yassin), sementara Redzwan ialah bekas Adun Kerdau (2000 – 2008) dan Norhasmimi pula Ketua Puteri Kuala Krau.

Namun begitu seorang lagi calon yang tidak disenarai tetapi dikatakan ‘ghairah’ untuk bertanding ialah Guru Besar Sekolah Teluk Sentang Hasan Mohd Amin. Beliau yang merupakan AJK Umno Bahagian Kuala Krau dan Ketua Cawangan Umno Kerdau dikatakan mempunyai ramai saudara mara di Dun tersebut.

Seorang lagi yang disebut-sebut ialah bekas pemain bola sepak Pahang dari Lipat Kajang. Beliau kini seorang usahawan tani.

Begitu pun, setakat ini Syed Ibrahim yang berasal dari Kampung Tekal (termasuk dalam Dun Kerdau) dikatakan calon pilihan Adnan. Namun mungkin ada yang memeranjatkan jika Muhyiddin mahukan Mohd Arhan atau namanya di Kerdau “Cenni”. Beliau ialah anak bekas Adun Kerdau Salahuddin yang kini sudah menyeberang kepada PAS.

Dikatakan golongan muda “meminati” beliau.

Ada yang berkata Abdul Razak dan Datuk Redzwan merupakan ‘orang’ Datuk Ismail. Sementara yang lain itu dikatakan sekadar disenaraikan mengikut hairaki parti dan mungkin masa ini bukan giliran mereka.

Oleh kerana Kerdau sehingga artikel ini ditulis ‘kerusi selamat’ BN, nampaknya calon-calon yang tersenarai semakin rancak berpolitik dan lobi melobi bagi menarik perhatian pemimpin Pusat. Politiking juga nampaknya agak sengit mirip PRK yang sebenar!

Bagi PAS pula, seperti biasa ‘tolak menolak’ berlaku kepada yang tersenarai. Tetapi nampaknya untuk menyerahkan kerusi secara percuma, pantang sekali.

Pada masa lain saya akan cuba menganalisis calon dan peluang PAS di PRK Kerdau pula.

 
3 Komen

Posted by di 18 Februari 2011 in PRK KERDAU

 

3 responses to “Lima tokoh PAS di muka depan Sinar Harian

  1. gayapeneroka

    18 Februari 2011 at 10:54 AM

    Kawasan Felda Chini tak cukup Akbar Sinar…
    Tolong beritahu Penerbit Sinar … kalau keluar macan ini lagi….cetak banyak sikit …

     
  2. Habib Ahmad

    18 Februari 2011 at 12:12 PM

    Senarai Program-program Sambutan Maulidrasul : http://facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

     
  3. J.Y

    19 Februari 2011 at 4:14 PM

    Berbulu mata Rosmah tengok sebab gambor dia tak ada dalam ni.. haha

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: