RSS

PRK Kerdau jawapannya Ahad

18 Feb
SPR Tetapkan Tarikh PRK DUN Kerdau Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata anggota SPR akan berhimpun di bandar raya itu Sabtu ini untuk mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan pilihan raya.

“Ini akan diikuti dengan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau pada keesokkan harinya untuk memutuskan tarikh pilihan raya kecil bagi (DUN) Kerdau, Pahang,” katanya.

Wan Ahmad berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lepas.

“Selain daripada mesyuarat parti-parti politik dan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau, SPR juga akan mengadakan siri mesyuarat lain di Sarawak pada minggu depan, yang termasuk mesyuarat bulanannya. Alasan bagi kami mengadakan mesyuarat di Kuching kerana kami tidak mahu membazir masa,” katanya.

Selain itu, Wan Ahmad turut mengesahkan semua pegawai SPR di Sarawak akan menjalani kursus latihan selama dua minggu pada Mac sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri selepas selesainya pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac.

Kursus itu akan diadakan di semua 71 kawasan di negeri itu bagi pegawai pilihan raya, timbalan pegawai pilihan raya dan kerani pilihan raya.

Walaupun terdapat spekulasi yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat kerana penggalnya sekarang tamat pada 24 Julai, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memberikan isyarat nyata bila Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Dua hari lepas, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri pada 26 Mac ini, menyangkal desas-desus yang beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada minggu ini. SPR disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Suruhanjaya itu dilaporkan telah memperuntukkan RM45 juta bagi pilihan rayanegeri akan datang.

Parti-parti politik dan pemimpin dari negeri itu dan pusat sudahpun mula berkampung Sarawak untuk membuat persediaan bagi pilihan raya negeri dengan BN akan mengadakan konvensyennya pada 6 Mac di Kuching.

BN Sarawak menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, dengan 35 kerusi dipegang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan masing-masing lapan kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Bagi baki lapan lagi kerusi, DAP menguasai enam, Parti Keadilan Rakyat satu, dan satu lagi oleh wakil rakyat Bebas.

BN dijangka mengekalkan kuasa dengan majoriti selesa walaupun parti-parti pembangkang, terutamanya DAP cuba menawan lebih banyak kerusi di kawasan bandar.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 24 April dengan penamaan calon diadakan pada 9 Mei dan pengundian 20 Mei. – BERNAMA

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Februari 2011 in PRK KERDAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: